Page 6 - RENTAP - HANIN 3DN
P. 6

HANIN NURFATIHA                           SEJARAH                            3 DARUL NAIM















                       Pada  awal tahun 1853, Rentap telah  mengetuai  pasukan  orang Iban yang

               menyerang pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai  oleh  William
               Brereton. Berlakulah  pertempuran yang sengit antara kedua-dua pihak di Lintang

               Batang. Semasa pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah
               membunuh Alan Lee dengan lembingnya dan William Brereton telah tercedera tetapi

               masih dapat melarikan diri. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke

               hulu Sungai Skrang.  Walau bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah
               membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman para pengikut

               Rentap.




                       Dengan itu, Rentap  terpaksa  berundur dan membina tempat kediaman
               di Sungai Lang iaitu di  hulu Sungai Skrang.  Semasa mempertahankan kubu ini,

               pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental

               iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi
               itulah melawan" dan slogan yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup, Agi

               Ngelaban” yang bermaksud  "Selagi Hidup,  Selagi itulah  melawan". Ada beberapa
               orang daripada pasukan Brooke yang mara menghampiri kubu Rentap telah ditembak

               dan terkorban. Namun, angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap
               ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan pagar kayu di sekeling

               rumah mereka dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk membalas

               tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa pertempuran ini. Oleh itu,
               Rentap dengan sebilangan pengikut beliau berundur dan membina kubu di sebuah

               bukit yang bernama Bukit Sadok.




                        Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di

               Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah dalam Jun 1857 di mana pasukan Brooke gagal
               dan telah mengorbankan seorang anggotanya iaitu Abang Aing. Dalam tahun 1858,


                                                                                                           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11