Page 4 - RENTAP - HANIN 3DN
P. 4

HANIN NURFATIHA                           SEJARAH                            3 DARUL NAIM


















                       Rentap atau nama sebenarnya Libau anak Ningkan, merupakan seorang tokoh

               pahlawan Iban-Dayak dan merupakan salah seorang wira Iban yang dikenali di
               Sarawak semasa pemerintahan Raja Putih atau nama sebenarnya James Brooke.

               Rentap merupakan gelaran yang bermaksud “penggoncang dunia”. Beliau juga
               digelar sebagai Raja  Ulu dan Raja Darat.  Beliau lahir pada tahun 1800 dan juga

               merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.




                       Nama pujiannya, "Rentap Tanah, Runtuh Menua", diterjemahkan dari bahasa

               Iban sebagai "Bumi-gegar, Penggoncang-dunia". Slogan beliau yang paling terkenal
               dan sering digunakan adalah "Agi idup, Agi ngelaban" yang bermaksud "Masih hidup,

               masih melawan". Pengalaman berperang daripada penyertaannya dalam ekspedisi-

               ekspedisi perang yang diketuai oleh Orang Kaya Pemancha Dana “Bayang”
               terutamanya ke kawasan-kawasan di sekitar muara Batang Kapuas di Kalimantan

               Barat, Indonesia.




                       Rentap telah dilantik sebagai “ayam sabong” atau ketua pahlawan oleh Dana
               “Bayang”. Sewaktu ekspedisi ini, Dana “Bayang” telah memperolehi sebuah Meriam

               besar yang diberi nama “Bujang Timpang Berang” yang dicatatkan pada tahun 1515

               daripada pihak Belanda sementara Rentap telah terkenal  dengan keberaniannya
               melawan dan mengalahkan musuh dan berjaya merampas sebilah keris berhulukan

               emas daripada seorang putera diraja. Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam
               daerah Skrang, Rentap bersama pasukannya buat pertama kalinya bertempur dengan

               pasukan James Brooke dan Kapten Keppel.







                                                                                                           3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9