Page 226 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 226
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg
Etimologi Cekak Dalam Rumpunan Bahasa dan Budaya
Persilatan Melayu
1*
Shukri Janudin
1 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
* Pengarang Koresponden: shuxre75@hotmail.com
Received: 20 July 2023 | Accepted: 5 September 2023 | Published: 30 September 2023
DOI: https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.3.1
___________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian ini membincangkan mengenai etimologi atau asal-usul perkataan ‘Cekak’
yang digunakan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sejak tahun 1965 bagi
merujuk kepada sejenis silat Melayu yang berasal dari negeri Kedah Darul Aman.
Perbincangan ini akan menghurai secara ringkas pengertian Cekak dari sudut sejarah, bahasa
lisan serta perkaitan dengan budaya masyarakat Melayu di Nusantara. Perkataan Cekak
tersebut telah mengalami proses evolusi lisan yang panjang dengan berkembang,
dipertuturkan serta diperturunkan secara meluas dari satu generasi ke satu generasi. Hasil
kajian merumuskan bahawa perkataan Cekak mempunyai maksud tersendiri bertepatan
dengan ciri-ciri terkandung di dalam ilmu Seni Silat Cekak yang berkembang di Semenanjung
Tanah Melayu sejak abad ke 18 hingga kini.
Kata Kunci: etimologi, Cekak, evolusi, bahasa, Kedah.
Abstract: This study discusses the etymology or origin of the word ‘Cekak’ which has been
used by the Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) since 1965 to refer to a type of
Malay martial art originating from the state of Kedah Darul Aman. This discussion will briefly
describe the meaning of Cekak from the perspective of history, spoken language, and the
relationship with the culture of the Malay community in the archipelago. The word Cekak has
experienced a long oral evolution process by growing, being spoken, and passed down widely
from one generation to another. The outcomes of the research concluded that the word Cekak
apparently has its own meaning that coincides with the characteristics of Seni Silat Cekak that
developed in the Malay Peninsula from the 18th century until nowadays.
Keywords: etymology, Cekak, evolution, language, Kedah.
___________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Etimologi merupakan satu dari cabang ilmu linguistik bagi mengkaji sejarah asal-usul dan
perkembangan sesebuah kata (Chaer, 2008). Menurut Durkin (2009:1-3) etimologi berasal dari
etymos bermaksud kata dan logos bermaksud pengetahuan. Jika digabungkan menjadi
etymoslogos bermaksud pengetahuan mengenai kata. Ia merupakan satu bidang khusus bagi
mengkaji asal-usul atau sejarah sesebuah kata atau perkataan. Sesebuah kosa kata biasanya
diambil dari pelbagai sumber seperti pertuturan seharian, dialek setempat, manuskrip dan
prasasti lama serta bahasa-bahasa kuno yang diperbandingkan bagi mencari asal-usul sesebuah
perkataan, bagaimana ia terbentuk dan siapa penuturnya. Kosa kata ini bersifat dinamik dengan
192 Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 1
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved