Page 229 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 229
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg
Rajah 1: Garis masa kewujudan sebahagian kerajaan-kerajaan Melayu utama di Alam Melayu
Narayanen et al., (2018) dan Muhammad Abd Razak (2021) menyatakan tamadun Melayu
Kedah Tua wujud lebih 1000 tahun lebih awal iaitu sejak tahun 788 masihi melalui penemuan
kompleks peleburan besi di Sungai Batu menjadikan Kedah sebagai wilayah pengeluar besi
utama Asia Tenggara. Sementara tamadun Melayu beraja muncul di Kedah pada tahun 630
masihi setelah runtuhnya empayar Melayu Funan pada tahun 628 masihi (Janudin & Yusoff,
2022:21-22). Terbinanya Candi Borobudur oleh dinasti Sailendra - Sriwijaya serta Candi
Prambanan oleh dinasti Mataram adalah selari dengan pembinaan pusat pemerintahan dan
2
bertakhtanya kerajaan Kedah Tua di Kota Bukit Meriam sewaktu pemerintahan Raja Kedah
ke 5; Seri Paduka Maharaja Kerma (842-910 masihi) mengikut versi Al Tarikh Salasilah Negeri
Kedah (ATSK) atau Raja ke 6 Phra Ong Mahaputisat (880-956 masihi) seperti mana versi
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang ketika itu dinaungi Sriwijaya sejak tahun 683
masihi (Janudin & Yusoff, 2022:23; Janudin, 2023:4,9).
Menurut Adam (2019: 231, 267); Janudin dan Yusoff (2021a: 73-74), pusat Kedah Tua terletak
di Lembah Bujang berasal dari perkataan Bujangga yang sinonim dengan gelaran seorang
bangsawan Pasai bernama Bujangga Baja Raya yang sering berperang menggunakan perisai
besi (Russell, 1999). Sememangnya Kedah Tua memiliki hubungan erat dengan Sumatera atau
Pulau Perca sebelum 600M lagi. Justeru timbul persoalan apakah bentuk dan jenis ilmu
pertahanan diri yang digunakan oleh masyarakat Melayu Kedah Tua untuk berperang dan
mempertahankan diri dari serangan luar selama mana ia berada di bawah naungan kerajaan
2 Tamadun purba di Jawa, Sumatera atau di Cambodia terbina pada abad ke 6 bersifat Agraria-Maritim berasaskan
pertanian, justeru kawasan-kawasan ini wujud pelbagai monumen seperti candi. Berbanding dengan tamadun
Kedah Tua bersifat Maritim dengan perairan Lembah Bujang di sepanjang Selat Melaka serta Sungai Bujang,
Sungai Batu, Sungai Muda dan Sungai Mas sebagai pusat pengeluar besi dan pelabuhan utama bagi perdagangan
di Semenanjung Tanah Melayu yang memiliki laluan air rentas wilayah menghubungkan barat dan timur
semenanjung. Sementara tamadun di Borneo bersifat Pemburu-Pemungut yang berpindah-randah sesuai dengan
bentuk muka buminya yang bergunung ganang, berhutan tebal serta bersungai-sungai.
4
Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 195
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved