Page 233 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 233
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg
Secekak atau segenggam juga boleh disamakan dengan perbuatan Kepal atau Mengepal.
Walaupun buah yang dipelajari dalam Silat Cekak dilihat sedikit atau sekepal tetapi ia perlu
dipegang erat kerana banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya seseorang itu ikhlas
dan tahu memanfaatkannya, bak kata peribahasa Melayu;
Setitik dijadikan laut
Sekepal dijadikan gunung
Alam terbentang dijadikan guru
Segenggam juga menunjukkan Padu. Ia memperlihatkan sifat berpendirian, tegas dan disiplin.
Segala kaedah dan sistem pelajaran Silat Cekak dapat memberikan keyakinan kepada para
pengamalnya bahawa mereka telah mempelajari sebuah ilmu rahsia dalam persilatan serta
boleh menggunakannya apabila terdesak bagi tujuan mempertahankan diri. Padu juga
menunjukkan Silat Cekak mengajar para penuntutnya supaya menjaga perpaduan sesama ahli
dan masyarakat seperti mana pantang larang silat ini yang merupakan etika perguruan (Janudin,
1998: 55; Ahmad et al,. 2019: 18-20) antaranya tidak boleh bergaduh sesama ahli dan tidak
boleh mencaci segala rupa bentuk silat Melayu asli.
Di dalam bahasa Jawa, cekak bererti ketat, terhad, pendek, sedikit atau sempit bergantung
kepada konteks sesebuah ayat yang diungkapkan. Hakikatnya bahasa Jawa seperti mana bahasa
Melayu merupakan sebahagian dari rumpun bahasa Austronesia yang telah berkembang luas
di kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman yang telah memperkayakan dan mendominasi
bahasa Indonesia (Fitriani & Nabila, 2020:198-199). Contoh penggunaan perkataan cekak
dalam bahasa Indonesia adalah;
“Aku pengen berbisnis tapi modalnya cekak” ertinya “Aku ingin berniaga tetapi
modalnya sedikit”.
Namun dalam bahasa Medan di Sumatera, cekak bermaksud kehabisan modal. Dalam dialek
Betawi bermaksud tidak cukup ukuran, Cekok bermaksud dipaksa minum ubat (dialek Betawi),
Cekka bermaksud melekat (dialek Madura), kasar atau tidak sopan (dialek Bali) atau Cikak
sejenis kuih bagi kaum Cina di Cirebon. Justeru kita perlu faham maksud sesebuah perkataan
walaupun seakan-akan sama bunyinya namun ia mempunyai pengertian berbeza.
Sementara menurut Hartanti (2017:71) telah menjadi kebiasaan di dalam bahasa Indonesia
yang bersifat dinamik akan menggabungkan atau meringkaskan beberapa perkataan menjadi
satu perkataan disebut sebagai akronim, misalnya;
“Cerkak yaitu singkatan dari cerita cekak yang dalam bahasa Indonesia disebut
dengan cerita pendek atau sering disebut dengan cerpen”
Cekak juga bererti Ringkas pada dialek Jawa. Dalam konteks Silat Cekak, sistem mata
pelajarannya walaupun nampak sedikit dan ringkas namun ia tidak memerlukan pergerakan
fizikal yang banyak. Menurut Ahmad et al,. (2019:18), 99 peratus buah Silat Cekak berdiri
lurus menanti serangan dan gerak musuh, yang amat efektif untuk mempertahankan diri. Silat
ini tidak berkuda-kuda, mengelak ke kiri kanan menangkis serangan atau mempunyai tari silat
seperti mana lazimnya kebanyakan silat dan pencak silat yang lain. Bahkan uniknya Seni Silat
Cekak Malaysia tiada langsung mempunyai sebarang buah mata pelajaran silat yang terhasil
dari perbuatan mencekak pinggang seperti mana terdapat di dalam sesetengah ilmu persilatan
(PSSCM, 1976: 35) atau seperti ilmu pencak silat yang mempunyai teknik sikap pasang, gerak
8
Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 199
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved