Page 232 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 232

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                          e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                            http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

                  Kerja mudah aku seorang pun ‘makan cekak’.
                  Buat kerja ni hang kena ‘makan cekak’, tak boleh buat main-main.

             Penyataan ini menunjukkan orang yang menyebutnya  itu bertanggungjawab dalam
             melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Jika ia dikaitkan dengan Silat Cekak, ia merupakan
             sebuah ilmu bela diri orang Melayu yang bertanggungjawab menjaga diri para pengamalnya
             dari kejahatan serta penganiayaan musuh-musuhnya. Ini jelas menunjukkan adanya perkaitan
             ilmu silat ini yang berasal dari negeri Kedah sejak zaman berzaman.

             Selain itu di dalam bahasa orang Minangkabau atau Baso Urang Minang terdapat perkataan
             Cakak  atau  Bercakak  yang bermaksud  Gaduh  atau  Bergaduh  atau  Berkelahi.  Ini juga
             dinyatakan di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (Kridalaksana, 2013). Ayat yang
             boleh terbina dari perkataan Cakak yang menggambarkan pergaduhan adalah seperti berikut;

                  “Abu jo Sani bercakak di kampuang sinan” ertinya “Abu dan Sani bergaduh di kampung
                  sana”

             Jika ia dibawa pada pengertian Silat Cekak bermaksud silat ini adalah Silat Gaduh atau sejenis
             silat yang boleh diamalkan dalam sesebuah pergaduhan. Namun dari segi prinsipnya. Silat
             Cekak tidak menganjurkan para penuntutnya supaya suka cari gaduh atau menjadi seorang kaki
             gaduh atau pencakak. Sebaliknya Silat Cekak boleh digunakan oleh para pengamalnya di dalam
             sesuatu perkelahian demi mempertahankan diri dari serangan musuh bukannya mengganas,
             menceroboh atau mencederakan seseorang sesuka hati tanpa sebab (Ab. Majid Ismail, 2016).
             Silat Cekak merupakan kategori silat tempur bukan silat tari. Ia juga berbeza dengan seni randai
             bagi  masyarakat  Minangkabau yang mempamerkannya semasa majlis-majlis perasmian,
             perkahwinan dan kesyukuran (Kechot, 2019:163,169-170).

             Menerusi kajian Janudin dan Yusoff (2021b: 83-84) terdapat perkaitan sejarah silam di antara
             Kedah dan daerah Minangkabau yang terhasil dari asimilasi bahasa, adat dan budaya sewaktu
             terjadinya peperangan di antara Kedah dengan Siam semasa Perang Musuh Bisik pada abad ke
             18. Antaranya terdapat beberapa nama buah Silat Cekak berasal dari bahasa Minangkabau.

             Secekak ertinya perbuatan menggenggam erat tangan atau penumbuk. Jika dikaitkan dengan
             Silat Cekak membawa maksud silat ini memiliki dan mengajar para penuntutnya ilmu yang
             Segenggam  bukannya segantang.  Ilmu yang segenggam  bermaksud  ilmu  intisari,  pati atau
             serumpun atau rumpunan yang kebiasaannya merupakan suatu ilmu peringkat tertinggi yang
             dimiliki  serta diamalkan oleh  para  Guru.  Segenggam  pada pengertian Silat  Cekak juga
             bermaksud ilmu perdu bukannya cabang atau ranting silat yang banyak iaitu segantang atau
             sedikit secubit. Ini kerana Silat Cekak mempelajari perdu gerak maka pergerakannya sangat
             cepat, teratur dan dapat diajar dengan waktu yang singkat (PSSCM, 1976:35). Kaedah-kaedah
             serta buah-buah mata pelajarannya juga  dapat  memberikan keyakinan  kepada para
             pengamalnya jika ia  dipelajari  bersungguh-sungguh. Peribahasa Melayu ada menyatakan;
             genggam bara api biar jadi arang. Sementara pantun Silat Cekak ada menyatakan;

                                          Silat Cekak tersangatlah mudah
                                        Bagi mereka yang mendapat hidayah
                                        Sungguhpun begitu hendaklah tabah
                                            Insya Allah mendapat faedah




                                                                                                      7
        198  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
             Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237