Page 235 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 235
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg
Etimologi Cekak dalam Budaya Melayu
Di dalam kehidupan orang Melayu perkataan Cekak turut digunakan di dalam beberapa
peralatan dan kelakuan antaranya baju Melayu Cekak Musang, perhiasan Cekak Rambut dan
perbuatan Cekak Pinggang.
Cekak Musang merupakan sejenis pakaian baju tradisional yang dipakai khusus oleh kaum
lelaki Melayu. Baju ini telah diperkenalkan sejak zaman kerajaan Melayu Melaka yang
6
kemudiannya dikembangkan semasa zaman kerajaan Melayu Johor - Riau pada abad ke 17
hingga 18. Penciptaan baju Melayu ini melambangkan ketinggian falsafah dan pemikiran orang
Melayu terdahulu dalam memberikan makna tersirat dan isyarat tertentu sesuai dengan amalan
syariat. Antara ciri-ciri baju ini adalah kolar tinggi mencekak leher dirapikan dengan lima
butang baju yang melambangkan lima rukun Islam. Ada juga baju Melayu Cekak Musang
berbutang tiga yang ditafsirkan sebagai agama, bangsa dan tanah air. Manakala terdapat juga
baju berbutang tujuh yang dipakai oleh golongan bangsawan bagi membezakan dengan rakyat
biasa. Sementara tiga saku atau poket melambangkan akidah, Islam dan ihsan. Baju Melayu
tradisional kebiasaannya berpesak dan berkekek, tidak sendat dan ketat bertujuan memberi
keselesaan pergerakan kepada si pemakai (Ramlah Abbas et al., (2003).
Cara pengayaan dan pemakaian baju Melayu Cekak Musang di majlis-majlis rasmi perlu
lengkap dengan seluar dan samping sedondon berserta songkok. Sementara di dalam majlis-
majlis protokol atau istiadat yang bernuansa tradisional, pemakaian busana Cekak Musang
tidak lengkap tanpa adanya ikatan kepala samada songkok, destar, setanjak, tengkolok, getam
atau semutar yang dipakai bersama seluar, samping dan ikat pinggang atau bengkung.
Pemakaian penutup kepala dalam kalangan orang Melayu mempunyai falsafah, nilai estetika
serta makna tersendiri (Bukhari et al,. 2020). Ia akan lebih menyerlahkan identiti dan kelihatan
mewah, bergaya, anggun dan berwibawa seperti gayanya seorang bangsawan atau pendekar
jika turut dipakai bersama-sama baju layang, pending, diselit dengan sebilah senjata seperti
keris, badik atau tumbuk lada serta memakai capal (Iskandar, 2018).
Cekak Rambut merupakan alat atau aksesori perhiasan yang diguna secara meluas oleh kaum
wanita berambut panjang secara praktikalnya bertujuan menyisir rambut-rambut mereka agar
kelihatan terurus, tidak berserabut, kusut atau menggerbang. Dalam kalangan wanita
tradisional cekak rambut dipakai bersekali dengan sanggul dan cucuk sanggul agar kelihatan
7
lebih anggun . Cucuk sanggul turut berfungsi sebagai senjata rahsia untuk menikam seperti
mana senjata keris atau badik dalam legenda Puteri Saadong di Kelantan (Ahmad, 2008; Stark
et al., 2022). Namun dari segi kiasan dan falsafahnya cekak rambut jika dikaitkan dengan
kehidupan seharian melambangkan perlu adanya alat untuk membetulkan sesuatu yang sedang
berpecah belah atau sebuah panduan hidup atau seorang pemimpin utama yang boleh
menyatukan masyarakat agar kelihatan teratur dan enak dipandang.
6 Selain baju berkolar Cekak Musang terdapat baju Melayu berkolar Teluk Belanga atau dikenali sebagai Baju
Johor berbutang satu yang melambangkan tauhid yang satu iaitu Allah yang Maha Esa. Berbutang satu juga
terdapat pada Baju Layang dan Baju Sikap yang merupakan pakaian bagi golongan bangsawan dan sewaktu
peperangan. Manakala baju Kolar Tunku berbutang tiga dan Gunting Cina berbutang banyak. Rujukan
https://songketdunia.my/blogs/news/baju-melayu.
7 Dalam kalangan masyarakat tradisional, cekak rambut jarang dipakai oleh kaum lelaki sebaliknya ikatan kepala
seperti tengkolok, tanjak, destar, getam atau getang, setangan dan semutar digunakan bagi mengikat rambut
mereka atau menutup kepala yang botak supaya nampak lebih kemas selain mempamerkan identiti si pemakainya.
Selain itu terdapat juga pemakaian terendak, songkok, kopiah, tarbus, serban, topi dan sebagainya dipakai di
kepala yang mengambarkan seni budaya dan identiti si pemakai mengikut kesesuaian masa dan acara.
10
Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 201
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved