Page 230 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 230
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg
Funan sejak tahun 200 masihi hingga ke zaman penjajahan Sriwijaya pada tahun 683? Apakah
penaklukan Sriwijaya tersebut dilakukan tanpa sebarang perlawanan oleh tentera Kedah? Jadi
apa fungsi sebenar perisai besi kepada golongan Bujangga tersebut? Logikkah jika ia dicipta
untuk dijunjung sebagai payung besi menahan hujan atau panas, dikendong sepanjang bertani
atau disandang sepanjang memukat ikan atau menjadi pengadang bahang api sewaktu kerja-
kerja peleburan besi atau dipikul ketika berdagang dan berburu? Jawapan sudah tentu tidak,
sebaliknya pasti ia digunakan sebagai alat peperangan bagi menahan diri dari serangan senjata
seperti pedang, tombak, anak panah dan sebagainya.
Kedah Tua merupakan antara pengeksport utama produk-produk besi ke serata dunia semasa
zaman kegemilangan silamnya. Contohnya besi Kedah digunakan untuk membina sebuah
kereta kuda bagi pengangkutan puteri Tamil; Vacavathaththai semasa pengembaraannya ke
Jayanthi (Saidin et al., 2011:23-24; Khaw & Zainun, 2017:277). Sementara beberapa pedang
milik Rasulullah s.a.w seperti Al Qalai, Al Mathur, Zul Fakar dan al Rasub serta senjata para
sahabat baginda banyak bercirikan seni tempa Alam Melayu sama seperti pembuatan keris dan
sundang yang menjadi senjata ilmu bela diri Melayu (Surat, 2017: 43 - 44).
Besi menjadi bahan utama keris dipercayai dicipta seawal abad ke 3 masihi ketika wujudnya
tamadun Dong Song di Vietnam (Harsrinuksomo, 2004) yang merupakan wilayah kepada
3
tamadun Melayu Funan . Menurut Mohamad et al., (2011) seni cipta keris mempunyai falsafah,
adab dan rahsia tersendiri selain menjadi aksesori pelengkap kepada pemakaian busana Melayu
yang berfungsi sebagai satu bentuk pengenalan atau identiti diri, keturunan, pangkat, keilmuan
serta kesaktian seseorang individu selain menjadi senjata mempertahankan diri bagi orang
Melayu dengan ilmu silat atau ilat atau elat menjadi ilmu pelengkap dirinya.
Justeru sebagai orang Melayu sudah pasti ilmu seni silat digunakan sebagai ilmu perang dan
ilmu mempertahankan diri. HMM mencatatkan Kedah pernah melengkapkan pertahanannya
bagi menghadapi pencerobohan asing dari utara. Bahkan Raja Merong Mahawangsa dan Raja
Merong Mahapudisat sepanjang tahun 630an-640an pernah berperang dengan negeri-negeri
kecil di utara Tanah Melayu untuk mengasas kerajaan Benua Siam bagi melengkapkan
4
kesatuan Langkasuka yang turut terdiri dari Perak, Patani dan Kedah sebelum ia dileraikan
dengan penaklukan Sriwijaya pada tahun 683 masihi bagi membentuk persekutuan baharu
bergelar mandala (Janudin & Yusoff, 2022; 21). Kisah terawal pertarungan diceritakan HMM
di antara Raja Bersiong serta para pendekarnya dengan seorang pendekar sakti bernama
Kampar (Syafiq Hazir, 2019: 56-58) serta pertarungan Raja Buluh Betung; anak angkat Sultan
Muzaffar Shah dengan Raja Sangkai di Kota Palas (Mohd Salleh, 1968:153-157) .
5
Menurut Janudin (2021c: 27-28), Malaysia mengiktiraf seni silat sebagai Seni Warisan Negara
pada tahun 2006 diikuti sebagai Benteng Pertahanan Ketiga Negara (2012), Seni
3 Funan merupakan antara kerajaan tamadun Melayu terawal di Asia Tenggara, justeru ramai dalam kalangan
orientalis Barat dan segelintir penyelidik tempatan cuba mengaitkan dan mendakwa bangsa Melayu sebagai
bangsa pendatang dan penghijrah dari Yunan dan Tonkin di selatan China atau utara Vietnam ke Asia Tenggara
yang dikenali sebagai Malay-Deutro. Perbincangan lanjut sila rujuk Din, M. A. O. (2011). Asal usul orang
Melayu: menulis semula sejarahnya (The Malay origin: rewrite its history). Jurnal Melayu, 7, 1-82.
4 Sebelum wujudnya kesatuan Langkasuka pada 630an masihi telah wujud kesatuan Funan yang menguasai
kerajaan Tun Sun, Pan-Pan, Langkasuka, Tan-Tan, Koli dan P’u-lo-Chung pada 200 masihi. Pada abad ke 400
masihi wujud kesatuan Kalathana terdiri dari kerajaan Kalathana (Kelantan), Thanathana (Terengganu), Gangga
Negara (Perak) dan Koli (Pahang). Rujuk Zainun, N., & Khaw, N. R. (Eds.). (2016). Hubungan Politik dan
Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi (Penerbit USM). Penerbit USM.
5 Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1135-1179); Raja Kedah yang pertama
memeluk Islam. Baginda juga dikenali sebagai Raja Phra Ong Mahawangsa sebelum menjadi muslim.
5
196 Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved