Page 227 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 227
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg
terus berevolusi serta berkembang menjadi sebuah bahasa yang dipertuturkan seharian dalam
sesebuah masyarakat atau bangsa.
Menurut Collins (2003) setiap kemasukan kosa kata atau perkataan ke dalam bahasa Melayu
sudah pasti ada sejarahnya yang tersendiri. Bahasa Melayu merupakan cabang bahasa
Austronesia yang berkembang pesat, pernah menjadi bahasa perantara atau lingua franca di
Alam Melayu (Hassan et al,. 2017) sejak 3000 sebelum masihi hingga 500 masihi dan menjadi
antara lima buah bahasa utama dunia dengan 200 juta orang penutur di seantero dunia (Herniti,
2017:85-86). Bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan utama empayar Funan dan Champa
sejak abad ke 400 masihi yang dikenali sebagai bahasa Kunlun atau bahasa Kolan oleh empayar
Yunani sejak abad pertama masihi Zain (2021:84,93,106).
Aksara dan tulisan Melayu Purba seperti Rencong, Pallava, Kawi dan Sanskrit seterusnya Jawi
berkembang ke seluruh kepulauan Melayu sebelum diambil alih oleh tulisan Rumi. Ia adalah
hasil proses dan evolusi berterusan dengan budaya asing melalui perkembangan agama,
perdagangan, perkahwinan silang, penjajahan, pemindahan kemahiran, teknologi serta
pertukaran budaya yang mewujudkan kepelbagaian etnik berdarah Melayu dan rumpun bahasa
Melayu di seluruh pelusuk Nusantara serta rantau Polinesia.
Kebiasaannya sesebuah bahasa, ras dan budaya mengalami beberapa proses evolusi seperti;
1. Amalgamasi – proses sosial yang terbentuk apabila sesebuah ras atau budaya bercampur
lalu membentuk satu ras dan budaya baharu. Contohnya seperti perkahwinan campur
antara ras etnik yang berbeza seperti ras Asia dan ras Eropah yang membentuk ras Pan
Asia.
2. Asimilasi – proses sosial yang terbentuk apabila sesebuah kelompok minoriti perlu
menyesuaikan diri atau adaptasi dengan budaya serta cara hidup golongan majoriti
setempat yang lebih dominan. Kesannya ia membentuk satu nilai dan budaya yang sama,
sebati dan diterima oleh kaum majoriti. Contohnya kaum minoriti Cina di Kelantan fasih
berdialek Kelantan, berbudaya Melayu namun masih menganut Buddha sebagai agama
tradisi.
3. Akulturasi – Proses sosial yang terbentuk apabila sekelompok manusia telah mengambil,
mengubahsuai, menerima dan menerap unsur-unsur budaya luar menjadi budaya sendiri
tanpa menghilangkan identiti dan jati diri budaya asal. Contohnya dari aspek pemakaian,
makanan, hiburan dan sebagainya seperti pemakaian jubah, baju kurta, nasi biryani, irama
dangdut, rap dan tarian zapin diubahsuai oleh orang Melayu sesuai dengan cita rasa
tempatan.
4. Akomodasi – proses sosial yang terbentuk apabila setiap golongan etnik merasa selesa
dengan budaya hidup masing-masing namun perlu menyesuaikan diri atau berintegrasi
supaya selari dengan budaya, norma serta nilai-nilai setempat yang dikongsi bersama.
Contohnya kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang mempunyai adat, budaya
serta agama berbeza namun boleh hidup secara harmoni.
Kaedah Penyelidikan
Kajian ini cuba menghuraikan etimologi asal-usul dan makna perkataan Cekak yang digunakan
oleh Silat Cekak melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dari perspektif budaya
Melayu dihuraikan secara ringkas melalui kaedah penelitian dokumentasi.
Terdapat enam garis panduan meneliti etimologi dalam penggunaan perkataan bahasa Melayu
seperti mana menurut Collins (2003), antaranya yang paling utama adalah menelusuri
kewujudan dan penggunaan sesebuah perkataan dalam bahasa Melayu melalui penelitian
sumber dokumentasi seperti teks-teks dan manuskrip lama. Ini termasuklah penelitian terhadap
2
Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 193
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved