Page 236 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 236
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg
Cekak Pinggang pula merupakan satu perbuatan aksi spontan yang memperlihatkan gaya atau
kelakuan mengepak dan meletakan kedua-dua tangan di pinggang. Ada peribahasa Melayu
lama dari Kamus Peribahasa Melayu (Said, 2015 :602, 843) antaranya berbunyi;
Peribahasa Takrifan
Jika sengaja hendak bercekak pinggang
Kalau hidup sengaja mencari perselisihan kelak
Tinggallah rebana beralih ke gelanggang hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai,
Tak tahu pipit tak tahu enggang
Yang rapat kelak menjadi renggang hubungan silaturahim menjadi tidak lagi mesra.
Menunduk kepala menghadap raja Melakukan sesuatu haruslah beradab menurut tempat
Bertentang muka menghadap kawan dan keadaan, tahu membezakan dengan siapa kita
Bercekak pinggang menghadap musuh berhadapan.
Sementara Islam melarang perbuatan tersebut. Dua hadis Abu Hurairah r.a menyebut;
“Bahawa Rasulullah SAW melarang orang yang bersembahyang meletakkan tangan di
atas pinggangnya (bercekak pinggang)”.
“Bersembahyang bercekak pinggang adalah cara berehat ahli neraka”.
Amalan mencekak pinggang dalam solat adalah perbuatan tidak sopan kerana amalan solat
perlu sempurna mengikut tertib-tertibnya seperti berdiri lurus dengan kedua - dua belah tangan
perlu ditelangkupkan di atas pusat yang dikenali sebagai qiam atau iktidal dengan kedua-dua
tangan lurus kaku setelah perbuatan rukuk. Justeru hukum bercekak pinggang seperti mana
hadis ini adalah makruh kerana ia menyerupai perbuatan iblis serta amalan kebiasaan
masyarakat Yahudi. Bahkan dari sudut tafsiran bahasa tubuh perbuatan bercekak pinggang
menunjukkan keangkuhan atau gaya seseorang sedang marah dan bersedia untuk berkelahi. Ia
juga dilihat sebagai menunjukkan ego kekuasaan atau berlagak sombong yang tidak sesuai
dengan adab-adab kesopanan. Perbuatan ini tidak diajar di dalam pembelajaran ilmu Seni Silat
Cekak Malaysia.
Namun perkataan Cekak atau Cakak dalam dialek Patani atau Basa Ulu, Cakak Kulu, Cakap
Pelek Ulu atau Basa Taning di selatan Thailand atau pantai timur Semenanjung berbeza
intonasi, cara sebutan dan pengertiannya seperti mana pengertian dalam Silat Cekak serta
bahasa Melayu standard. Dalam dialek tersebut Cekak atau Cakak bererti cakap atau ‘Kecek’
dalam loghat Kelantan. Dalam dialek Terengganu sebutan ‘dok cakak’ bererti tidak larat atau
penat, ‘dok cakkok’ bererti tidak bercakap dan ‘dok cakak nok’ bermaksud sudah memadai atau
sudah mencukupi. Manakala dalam dialek Kelantan, cekak bermaksud harapan misalannya
frasa ‘kawe tak dok cekak’ bermaksud ‘saya tiada lagi harapan’. Sementara di Jerantut, Pahang
terdapat sebuah kampung bernama Ulu Cheka seolah-olah sebutannya sama dengan Cekak
tetapi erti Cheka atau Chika dalam dialek Pahang lama tersebut bermaksud muntah. Ternyata
indah sungguh bahasa Melayu kita!
Kesimpulan
Perkataan Cekak sememangnya memberikan pelbagai makna dan tafsiran yang berbeza
berdasarkan kepelbagaian dialek, loghat dan intonasi suku-suku kaum dan etnik Melayu di
Nusantara. Etimologi terhadap perkataan Cekak jelas melambangkan kekayaan berbahasa,
pengertian serta adab bagi bangsa Melayu. Ia menjadi bertambah unik dari segi pengertiannya
apabila berkait rapat dengan ilmu persilatan iaitu Silat Cekak yang merupakan sejenis ilmu
bela diri bagi orang Melayu yang berasal dari negeri Kedah Darul Aman atau Semenanjung
Tanah Melayu yang kini diterajui oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
11
202 Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved