Page 4 - Majlis Graduasi MRSM Balik Pulau 2020
P. 4
Kata Alu - aluan
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Asalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.
Para graduan MRSM SPM 2020 dan warga pendidik yang
dikasihi serta para ibu bapa yang dihormati, syukur
Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T dan dengan limpah dan
kurnianya, kita diberi kesempatan untuk bersama-sama pada
hari ini bagi menjayakan Majlis Graduasi MRSM 2020.
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar
yang telah berjaya melalui sistem pendidikan MRSM sehingga
layak bergraduasi. Dalam keadaan pandemik yang melanda dan
perubahan norma yang berlaku sejak awal tahun 2020,
anak-anak pelajar telah melalui perubahan dalam sistem
pendidikan yang tidak dijangka-jangka. Kaedah belajar secara
bersemuka yang dianggap perkara biasa menjadi satu perkara
yang sangat mahal dan dirindui apabila kaedah PdP berubah
kepada sistem pembelajaran Home Based Learning. Syabas
kepada anak-anak pelajar MRSM tingkatan 5 2020 yang cekal
dan sabar melaluinya. Dari SPMRSM yang tertangguh
bersambung dengan ulangkaji bersemuka dan
online, anak-anak semua melaluinya dengan
tekun sekali, Alhamdulillah dan syabas
anak-anak.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan
kepada warga pendidik dan para ibu bapa serta
seluruh warga maktab atas keprihatinan dan
sokongan padu yang diberikan bagi
merialisasikan pencapaian pelajar. Pelbagai
perlaksanaan program berteraskan sistem
pendidikan MRSM yang memberi manfaat
penuh kepada pelajar bagi memberi
sokongan dan suntikan semangat untuk
terus maju kehadapan sehingga berjaya
di peringkat pengajian tinggi kelak.