Page 7 - Majlis Graduasi MRSM Balik Pulau 2020
P. 7

-maka  kerajaan  telah menjadikan pendidikan  sebagai salah  satu  daripada Enam  Bidang
       Keberhasilan Negara (NKRA) yang bertujuan untuk memastikan anak-anak kita mendapat
       ilmu pendidikan yang berkualiti dan secukupnya.


       Sekolah  merupakan  tapak  semaian dalam  usaha untuk menghasilkan  modal insan yang
       cemerlang dan berketerampilan. Perlu diketahui bahawa pendidikan ialah perkara utama dan
       merupakan cabaran dalam  mempengaruhi  pembangunan  dan menyediakan pelbagai
       peluang untuk mencorakkan kehidupan pada masa hadapan. Selain itu, penglibatan dalam
       bidang ko kurikulum juga harus diambil berat dalam memastikan keseimbangan diri. Oleh itu,
       setiap  pelajar  haruslah  berfikiran  dan  bertindak  lebih  agresif  dalam  melengkapkan  diri
       supaya terus relevan dalam wacana pembangunan negara.

       Akhir kata,  tahniah dan syabas  diucapkan  kepada semua pelajar yang menerima  sijil
       graduasi pada hari ini.  Tidak dilupakan juga kepada semua warga pendidik  yang telah
       mengharungi  jerih-perih,  onak  dan  duri tanpa  jemu dalam  usaha  menghasilkan
       pelajar-pelajar  yang berkualiti dan berketerampilan bagi mendepani  dunia yang semakin
       mencabar.


       Ucapan syabas dan terima kasih yang tak terhingga juga saya dedikasikan kepada seluruh
       ahli  jawatankuasa  Majlis  Graduasi kali  ke 34  atas  komitmen anda menjayakan  Majlis
       Graduasi pada tahun ini.

       Sekian.























          HAJI MOHD KHAIRUL ANUAR BIN DATO’ HAJI SHAFIE
          PENGETUA
          Maktab Rendah Sains MARA
          Balik Pulau
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12