Page 5 - Majlis Graduasi MRSM Balik Pulau 2020
P. 5

Anak-anak  pelajar, pastikan anak-anak  nyatakan  secara lisan ucapan  penghargaan ini
       kepada semua guru dan ibu bapa yang telah memastikan anak-anak terus bersemangat. Kini
       para  gurulah  antara  petugas barisan hadapan dalam  sektor pendidikan  bagi menggalas
       tanggungjawab  mereka memastikan anak-anak  pelajar MRSM terus konsisten  meraih
       pencapaian cemerlang dalam akademik.

       Saya doakan semoga tahun 2021 menjadi warga pendidik dan pelajar MRSM terus cekal,
       tabah dan gigih menghadapi cabaran semasa. Tahniah dan sekalung penghargaan sekali
       lagi buat para pelajar, ibu bapa dan warga pendidik.

       Kejayaan para pelajar bergelar graduan  MRSM menunjukkan  anda sangat komitet untuk
       menguasai  ilmu dalam  keadaan apa  sekali  pun. Semoga  pilihan kursus atau  bidang
       pengajian di  peringkat tertiary  anak-anak  adalah  bidang yang  anak-anak  minati  secara
       mendalam untuk dijadikan kerjaya kelak. Saya pasti anak-anak graduan lepasan MRSM akan
       berjaya menjadi insan yang memberi mafaat kepada agama, bangsa dan negara.
       Selamat Maju Jaya!


       Sekian,
       Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




        Wan Ainizah binti Ariffin
        Pengarah
        Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10