Page 6 - Majlis Graduasi MRSM Balik Pulau 2020
P. 6
Kata Alu - aluan
TUAN PENGETUA
Assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpah perkenan-Nya Majlis Graduasi MRSM
Balik Pulau Kali Ke-34 dapat dilaksanakan seperti yang telah
dirancangkan dan berlangsung dalam suasana yang penuh
gemilang dan bermakna.
Majlis graduasi pada hari ini merupakan manifestasi kejayaan dan
pengiktirafan atas segala usaha, inisiatif, pengorbanan,
kesungguhan dan komitmen yang telah dibuktikan
oleh para pelajar Tingkatan Lima MRSM Balik
Pulau tahun 2020 sehingga mereka layak
dianugerahi sijil graduasi. Sesungguhnya,
kejayaan yang telah ditunjukkan oleh mereka
menjadi pemangkin dalam usaha
memperkasakan diri melalui penguasaan
ilmu, kemahiran dan diseimbangkan
dengan sikap positif dan pengamalan
nilai-nilai murni agar dapat membina
kehidupan yang lebih mencabar di luar
sana nanti.
Dunia pendidikan pada hari ini semakin
kompleks dan bersifat global. Ilmu
menjadi prasyarat utama kepada para
pelajar sebagai permulaan untuk menjadi
pemimpin pada masa hadapan sesuai
dengan aspirasi MRSM Balik Pulau sebagai
sebuah sekolah antarabangsa, iaitu
Nurturing Future Global Leaders. Menyedari
hakikat bahawa ilmu merupakan penyuluh
yang menerangi kegelapan,