Page 3 - Buku Program FAMB 2021
P. 3

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan
               izinNya, maka Festival Agromakanan dan Bioteknologi (E-FAMB) 2021 telah berjaya direalisasikan dengan
               jayanya. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Politeknik Nilai Negeri Sembilan selaku tuan rumah E-
               FAMB 2021 bagi tahun ini. Tema ‘TVET KE ARAH KELESTARIAN AGROTEKNOLOGI’ yang diangkat di dalam
               festival kali ini adalah bersesuaian dengan aspirasi negara dalam memajukan bidang pertanian seiring dengan
               Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET). Pengukuhan bidang penyelidikan dan pembangunan
               dalam  teknologi  pertanian  adalah  menjurus  kepada  Dasar  Agromakanan  Negara  bagi  mencapai  aspirasi
               negara menuju pembangunan Malaysia.

               Program E-FAMB 2021 ini juga adalah platform terbaik untuk menghimpunkan para penyelidik, pelajar, agensi
               kerajaan  dan  swasta  dalam  satu  festival  berimpak  tinggi  dalam  memajukan  bidang  agromakanan  dan
               bioteknologi. Penganjuran program seperti ini adalah amat bermakna dalam meningkatkan hubungan dan
               interaksi ilmiah di antara seluruh warga akademik daripada pelbagai institusi. Program ini juga telah membuka
               mata industri kepada kepakaran dan kebolehan para pensyarah dan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti
               sebagai modal insan yang menjadi tunjang utama kepada institusi yang mampan dan graduan TVET yang
               bercirikan warganegara global serta berkemahiran tinggi seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan
               (SDGs) dan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025). Festival yang merupakan inisiatif Unit
               Teknologi  Pertanian,  Bahagian  Kurikulum,  JPPKK  bersama  Politeknik  Nilai  wajar  diberikan  sokongan  padu
               kerana ia sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara yang memberi tumpuan khusus kepada peningkatan
               pengeluaran  produk  makanan  tempatan  melalui  penerokaan  pertanian  bernilai  tambah  tinggi  melalui
               penggunaan teknologi canggih, pengukuhan pembangunan  dan penyelidikan (R&D) serta inovasi di dalam
               bidang pertanian, agromakanan serta bioteknologi.

               Sekali lagi, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
               semua yang terlibat dalam menjayakan E-FAMB 2021. Semoga usaha murni ini, akan
               sentiasa berterusan demi kelangsungan bidang pertanian secara mampan di masa
               hadapan. Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga JPPKK, politeknik dan kolej
               komuniti berada di laluan yang terbaik untuk memacu ke arah melahirkan pelajar
               dan graduan yang holistik, berciri global demi masa depan negara.

               Sekian. Wasalam.


                                                      PENGARAH KANAN (AKADEMIK)

                                  JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI







                                                                                                                1
   1   2   3   4   5   6   7   8