Page 4 - Buku Program FAMB 2021
P. 4

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
               Setinggi – tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, saya dapat menzahirkan penghargaan
               kepada  warga kerja  daripada  Bahagian  Kurikulum (BK),  Jabatan Pendidikan Politeknik  dan  Kolej Komuniti
               (JPPKK) bersama Politeknik Nilai (PNS), atas usaha keras dan kerjasama dalam menjayakan penganjuran E-
               Festival  Agromakanan  dan  Biotekologi  2021  (E-FAMB  2021)  secara  dalam  talian.  Tahniah  dan  syabas
               diucapkan.

               E-FAMB 2021 adalah bertemakan “TVET Ke Arah Kelestarian Agroteknologi” dan penganjuran kali ke-7 ini juga
               dijalankan secara dalam talian selaras dengan norma baharu berikutan penularan COVID-19 dengan mematuhi
               prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19. Program ini merupakan acara tahunan
               anjuran Unit Teknologi Pertanian, BK dan JPPKK yang melibatkan bidang agromakanan dan bioteknologi.

               Ke  arah  memantapkan  pendidikan  negara,  para  pendidik  di  semua  peringkat  warga  politeknik  dan  kolej
               komuniti  seluruh  Malaysia  perlu  menyemarakkan  budaya  penyelidikan  di  institusi  pengajian  agar  dapat
               merealisasikan  matlamat  negara  bagi  kepentingan  generasi  masa  hadapan  supaya  lebih  berdaya  saing,
               berinovasi dan mampan.

               Bagi pihak JPPKK, saya menyokong penuh penganjuran E-FAMB2021 dan berharap penganjurannya dapat
               diteruskan pada tahun-tahun akan datang seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
               2025, 17 matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 -
               2025 (PSPKK 2018 - 2025). Marilah kita semua berdoa agar program seumpama ini akan menjadi titik tolak
               kepada kejayaan-kejayaan lain kepada JPPKK dalam bidang agromakanan, bioteknologi dan kemampanan.

               Tahniah dan syabas atas usaha yang hebat seperti ini.
               Sekian, terima kasih.









                                                       PENGARAH BAHAGIAN KURIKULUM
                                      JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI












                                                                                                                2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9