Page 5 - Buku Program FAMB 2021
P. 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya,
               kesinambungan program Festival Agromakanan dan Bioteknologi (E-FAMB) 2021 dapat diteruskan untuk kali-
               7 dengan bertemakan: TVET Ke arah Kelestarian Agroteknologi.

               Penganjuran E-FAMB 2021 ini adalah bertujuan untuk menyediakan platform bagi penjanaan dan perkongsian
               ilmu serta pengalaman bersama peserta dari pelbagai peringkat dan disiplin. Dengan itu boleh mendorong ke
               arah pengembangan idea baru bagi merancakkan lagi aktiviti penyelidikan, inovasi dan penulisan ilmiah dalam
               kalangan pensyarah dan pelajar selari dengan tuntutan Revolusi Industry 4.0. Program ini juga menunjukkan
               kesungguhan dan komitmen sektor pengajian tinggi untuk mengangkat bidang inovasi dan penyelidikan ke
               mercu yang lebih tinggi.

               Diharapkan program-program yang bakal berlangsung mampu mencambahkan pemikiran, anjakan paradigma
               dan pendekatan baharu yang boleh merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi berkaitan agromakanan dan
               bioteknologi.  Saya  percaya  program  seperti  ini  dapat  meningkatkan  ilmu  pengetahuan  peserta  dan
               masyarakat, serta menonjolkan kepakaran dan kebolehan pensyarah dan pelajar politeknik dan kolej komuniti
               kepada  industri  dalam  melahirkan  modal  insan  yang  berkemahiran  tinggi    seiring  dengan  matlamat
               pembangunan mampan.

               Akhir  kalam,  tahniah  diucapkan  kepada  semua  pensyarah,  pelajar,  peserta  dan  para  pembentang  yang
               mengambil bahagian. Didoakan semoga festival kali ini berjalan lancar dan mampu mencapai matlamat yang
               ditetapkan, seterusnya memacu kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan negara ke tahap yang lebih
               tinggi.
















                                                                        PENGARAH
                                                    POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN










                                                                                                                3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10