Page 6 - Buku Program FAMB 2021
P. 6
Seminar Penyelidikan Festival Agro Makanan dan Bioteknologi (E-FAMB) merupakan program yang
diadakan setiap tahun yang dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum (BK) Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama kelolaan politeknik di bawah bidang Teknologi Pertanian. Pada
tahun 2021 dengan bertemakan ‘TVET Ke Arah Kelestarian Agroteknologi’, E-FAMB 2021 akan
diadakan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
Pembentangan kertas penyelidikan merupakan program utama dalam E-FAMB 2021 kali ini, di
samping pertandingan inovasi dan keusahawanan yang akan dipertandingkan bersama. Festival ini
telah dijadikan acara tahunan dengan mengumpulkan lima ( 5 ) buah politeknik dan tiga belas ( 13 )
buah kolej komuniti di bawah bidang teknologi pertanian dalam satu program yang bertujuan untuk
meningkatkan hubungan dan interaksi ilmiah di antara politeknik yang terlibat.
Tahun ini merupakan tahun ketiga penglibatan kolej komuniti dalam festival ini dan merupakan
anjuran kali ke-7 lanjutan daripada penganjuran yang mendapat sambutan setiap tahun.
i. Untuk mencapai KPI JPPKK di bawah strategi peningkatan program TVET berimpak di mana
pensyarah dan pelajar mempunyai daya cipta dalam penyelidikan dan inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran di peringkat antarabangsa.
ii. Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan (niche area)
politeknik masing-masing setanding industri sebenar.
iii. Memperkasa warga politeknik dan kolej komuniti khususnya dengan hasil kajian dan kemahiran
yang terbaru di dalam bidang di bawah industri pertanian dan makanan serta TVET.
iv. Menyediakan platform untuk penjanaan dan perkongsian ilmu serta pengalaman bersama
peserta dari pelbagai peringkat dan disiplin.
v. Membudayakan penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah.
4