Page 200 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 200
8.1 Pernyataan masalah.
Kaedah inovasi ini terhasil apabila mendapati masih terdapat ramai murid tahun 6
yang masih belum dapat menguasai sifir malah terdapat murid yang terlalu lemah dalam
sifir walaupun menggunakan Teknik hafalan sifir seperti yang dilakukan daripada zaman
terdahulu lagi. Bagi subjek Matematik, operasi darab diperkenalkan seawal Tahun 2
dengan penumpuan kepada sifir 2, 4, 5 dan 10 sahaja dan akan dikembangkan semasa
mereka berada di Tahun 3. Justeru, apabila murid melangkah ke Tahap 2, mereka
sepatutnya telah menguasai operasi darab sepenuhnya. Salah satu komponen dalam
operasi darab adalah kemahiran sifir.
Namun apa yang berlaku, masih ada di antara murid di Tahun 5 yang masih
berhadapan dengan masalah penguasaan sifir apabila telah naik ke Tahap 2. Masalah
ini dikenal pasti oleh saya apabila murid diminta untuk menjawab soalan sifir bertulis.
Lazimnya, apabila murid berhadapan dengan masalah sebegini, mereka akan diminta
untuk membina jadual sifir di atas kertas soalan mereka untuk dirujuk. Namun begitu,
mereka masih lagi terkial-kial dan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan
jadual sifir tersebut. Terdapat beberapa orang murid didapati masih mempunyai
kekeliruan untuk menyatakan dan membezakan antara nombor genap dan nombor
ganjil.
Berdasarkan situasi-situasi di atas, kaedah inovasi ini dicipta adalah untuk untuk
meningkatkan penguasaan sifir murid dengan menggunakan kaedah petak SIFIR
GENAP dan SIFIR GANJIL dalam SIFIR SEMPOI SMART KIT. Kaedah inovasi ini juga
diharapkan dapat membantu guru dan murid memilih kaedah yang lebih bersesuaian
dengan pemahaman dan kemahiran mereka sekali gus memberi impak positif ke atas
kemahiran matematik mereka selain kaedah menghafal yang tidak menarik minat dan
membosankan atau kaedah yang perlukan mengingat dan menulis nombor yang
panjang seperti petak sifir 100.
10