Page 201 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 201
8.1 Pernyataan masalah.
Kajian yang dilakukan oleh Boaler (2015) di United Kingdom telah meneroka
penggunaan pelbagai kaedah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas
matematik. Hasil kajian beliau menunjukkan murid lebih menikmati proses pembelajaran
tersebut. Di samping seronok, mereka juga mempelajari fakta asas matematik
berbanding dengan teknik hafalan semata-mata. Woodward (2006) mendapati dalam
kajiannya murid yang suka menguasai matematik menunjukkan peningkatan yang amat
baik dalam sikap selepas intervensi.
Justeru, penguasaan sifir menggunakan kaedah seperti POTT adalah merupakan salah
satu daripada kepelbagaian kaedah pengajaran yang diharapkan dapat memberi impak
positif ke atas pencapaian murid.
Penguasaan sifir dalam kalangan murid dilihat sebagai aspek yang perlu diberi
perhatian. Sekiranya situasi ini dipandang enteng, maka akan bertambah jumlah murid
terutamanya murid sekolah rendah yang akan keciciran dalam bidang matematik.
Bidang matematik tidak seharusnya menjadi satu perkara yang membosankan, sukar
dan sesuai untuk murid yang pintar sahaja. Sehubungan itu, penyelidikan ini memilih
muzik sebagai alat mengindahkan matematik dan difokuskan dalam penguasaan sifir.
Kaedah konvensional yang digunakan hari ini iaitu hafalan biasa yang kebanyakannya
digunakan oleh guru-guru dilihat sebagai situasi yang lazim dilalui oleh murid. Oleh
kerana itu, ia menjadi satu perkara yang kurang menarik, membosankan dan tidak
merangsang keinginan murid untuk bersungguh-sungguh menguasai sifir. Kaedah
konvensional ini juga telah didapati dan terbukti hanya sesuai bagi sesetengah murid
dan tidak praktikal bagi pelajar yang mempunyai masalah lemah daya ingatan. Mereka
akan merasakan mengingati dan menguasai sifir adalah perkara yang sangat sukar.
11