Page 202 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 202
8.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Murid tahun 6 yang di ambil sebagai sampel terdiri daripada murid – murid yang berada
ditahap baik, sederhana dan lemah dan memerlukan bimbingan setiap kali melakukan
Latihan. Terdapat 6 orang murid di dalam kelas tersebut yang memerlukan perhatian daripada
guru. Ini menyebabkan murid agak kurang motivasi untuk belajar kerana tidak minat dengan
mata pelajaran Matematik kerana terasa susah dan memeningkan. Disebabkan terdapat
usaha untuk berjaya selepas dibimbing maka guru mencuba pelbagai kaedah untuk
membolehkan murid menguasai sifir. Murid dalam kategori lemah amat memerlukan
bimbingan untuk melakukan Latihan sekiranya tidak menguasai sifir.
Semasa murid – murid ini mempelajari topik awal seperti “Whole Number”, “Addition” dan
“Subtraction”, proses pembelajaran mereka sangat memberangsangkan. Begitu juga dengan
keputusan ujian sumatif yang memuaskan. Namun demikian, setelah masuk ke tajuk
“Multiplication”, momentum murid-murid ini semakin perlahan. Mereka gagal menguasai
kemahiran operasi darab yang diajar. Keputusan ujian pra amat mendukacitakan kerana
terdapat murid yang tidak menjawab dengan baik dan salah kesemua soalan.
Kaedah petak grid juga tidak menarik minat mereka dengan alasan banyak yang hendak
ditulis. Guru bertanggungjawab untuk memperbetulkan secepat mungkin supaya tidak
mendatangkan masalah kepada murid-murid ini untuk meneruskan pembelajaran di dalam
topik lain yang melibatkan operasi darab.
Kaedah hafal dan tanya yang dipraktikkan sewaktu proses PdP gagal untuk menarik minat
murid menghafal sifir. Perkara ini berlaku adalah disebabkan tiada rangsangan positif yang
boleh menggerakkan murid – murid menghafal sifir.
12