Page 216 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 216
9.0 HURAIAN INOVASI
9.4 Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 3 diatas, mendapati kaedah inovasi ini melibatkan tiga aras keupayaan murid
dalam matematik iaitu, lemah, sederhana dan baik. Bagi ujian pra kutipan data dan
analisis adalah menggunakan Microsoft Excel. Seramai 4 orang murid yang
memperolehi bilangan A yang membawa maksud cemerlang dan menguasai, bilangan
murid yang memperolehi B pula adalah seramai 5 orang yang membawa maksud baik
dan menguasai sifir, 11 orang murid memperolehi gred C yang membawa huraian
memuaskan dan kurang menguasai sifir, 2 orang murid lemah dan menguasai dengan
terhad memperolehi gred D dan 8 orang murid sangat lemah dan tidak menguasai
dengan gred E. Jumlah keseluruhan skor yang dijawab dengan betul dalam ujian pra
adalah 665 manakala jumlah keseluruhan markah yang dijawab dengan betul dalam
ujian pra adalah 1330% bagi kesemua 30 orang murid yang terlibat. Purata (min) untuk
skor adalah 22.167 manakala purata (min) untuk markah adalah 86%. Skor maksima
dalam ujian pra yang telah diperoleh adalah sebanyak 44 di mana markah maksima
dalam ujian pra adalah 88% yang menunjukkan terdapat murid yang cemerlang dan
telah menguasai sifir dalam ujian pra. Skor minima dalam ujian pra yang telah diperoleh
adalah sebanyak 0 di mana markah minima dalam ujian pra adalah 0% yang
menunjukkan terdapat murid yang sangat lemah dan tidak langsung menguasai sifir
dalam ujian pra. Jumlah masa dalam minit yang diambil 842 minit dengan purata (min)
masa seorang murid 28 minit, masa maksima 30 minit manakala masa minima murid
20 minit.
Bagi ujian pasca juga kutipan data dan analisa adalah menggunakan Microsoft Excel.
Seramai 30 orang murid yang memperolehi bilangan A yang membawa maksud
cemerlang dan menguasai, tiada murid yang memperolehi gred B, C, D dan E. Jumlah
keseluruhan skor dalam ujian pasca bagi keseluruhan skor yang dijawab dengan betul
adalah 1500 manakala jumlah keseluruhan markah dalam ujian pasca yang dijawab
dengan betul adalah 3000 bagi kesemua 30 orang murid yang terlibat. Purata (min)
untuk skor adalah 50 manakala purata (min) untuk markah adalah 100%. Skor maksima
dalam ujian pasca yang telah diperoleh adalah sebanyak 50 di mana markah maksima
dalam ujian pasca adalah 100% yang menunjukkan terdapat murid yang cemerlang
dan telah menguasai sifir dalam ujian pasca.
26