Page 217 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 217
9.0 HURAIAN INOVASI
9.4 Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran.
Skor minima dalam ujian pasca yang telah diperoleh adalah sebanyak 50 di mana
markah minima dalam ujian pasca adalah 100% yang menunjukkan terdapat murid yang
cemerlang dan telah menguasai sifir dalam ujian pasca. Jumlah masa dalam minit yang
diambil 556 minit dengan purata (min) masa seorang murid 19 minit, masa maksima 26
minit manakala masa minima murid 10 minit.
Didapati jumlah peningkatan ujian pra dan ujian pasca adalah secara positif sebanyak
835 markah. Manakala purata data untuk peningkatan yang dilakukan oleh kesemua
murid dalam ujian pra dan pos adalah 28 skor untuk setiap murid dengan 56% markah.
Peningkatan maksima yang diperolehi selepas ujian pra dan pos adalah 50 dimana
murid yang langsung tidak dapat menguasai sifir darab juga telah berjaya menguasai
dan memperolehi skor 50 dengan markah 100% dengan peningkatan yang sangat
mendadak dan positif. Peningkatan minima adalah sebanyak 6 markah.
Dari segi perbezaan masa, didapati jumlah pengurangan masa 286 minit bagi jumlah
masa semua murid. Purata (min) pengurangan masa yang dilakukan oleh setiap murid
adalah sebanyak 9 minit bagi seorang murid. Maksima masa pengurangan menunjukkan
- 4 minit dan minima masa pengurangan adalah -10 minit.
27