Page 218 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 218
9.0 HURAIAN INOVASI
9.5 Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain.
Potensi Inovasi Sifir Sempoi Smart Kit ini diperluaskan adalah amat besar kepada
semua guru Matematik di Daerah Kerian atau di daerah-daerah di Negeri Perak, Malah
boleh dikembangkan untuk semua guru Matematik di seluruh Malaysia dengan
menggunakan media sosial seperti Facebook, Telegram, whatsapp dan lain - lain.
Sehingga kini, sesi perkongsian amalan terbaik Inovasi Sifir Sempoi Smart Kit ini telah
dikongsikan bersama panitia Matematik semasa PLC Matematik SK Methodist Parit
Buntar serta Pertandingan Inovasi antara Persatuan peringkat sekolah dan bersama
murid – murid semasa PdPc di dalam kelas dan semasa PdPr dijalankan di rumah.
Guru-guru matematik di dalam panitia matematik telah memberi respon yang baik
terhadap Inovasi ini dan kebanyakkan mereka berminat untuk memilikinya dan
mempraktikkan di dalam bilik darjah. Ianya berguna sebagai bahan bantu mengajar
dan belajar untuk guru dan murid semasa matematik manakala sebagai bahan bantu
belajar semasa menggantikan guru yang tidak hadir serta perjumpaan Kelab/Persatuan
matematik pada setiap hari Rabu murid untuk meningkatkan penguasaan sifir yang
amat lemah di kalangan murid-murid tanpa mereka menyedarinya.
Inovasi Sifir Sempoi Smart Kit ini juga tercetus di dalam musim COVID dan PKP
semasa melaksanakan PDPR sepanjang tahun lepas selain dapat membantu murid
secara tidak disedari mereka telah belajar sambil bermain. Setelah murid – murid
menguasai sifir dengan mudah dan tanpa perlu menghafal ianya dapat menjimatkan
lebih banyak masa untuk mereka menjawab soalan penyelesaian Masalah atau KBAT
dengan lebih lancar dan mudah.
28