Page 222 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 222

BAB07








          Cadangan Awal Penambahbaikan

          GPP Perancangan Masjid dan Surau serta

          Tanah Perkuburan Islam



          Kebanyakan GPP yang pernah dihasilkan sebelum ini oleh Pihak Berkuasa Tempatan tidak

          merangkumi kedua-dua kemudahan keagamaan masjid dan surau serta tanah perkuburan
          Islam. Hanya Garis Panduan 3 sahaja yang merangkumi keseluruhan kemudahan keagamaan.
          Selain itu, garis panduan ini hanya menyentuh berkenaan ciri-ciri pembangunan masjid dan
          surau, prinsip dan garis panduan (perancangan, konsep, lokasi, reka bentuk dan guna tanah
          persekitaran) dan tiada garis panduan khusus kemudahan keagamaan yang bersifat
          menyeluruh dan komprehensif daripada sudut perancangan pembangunan dan aspek
          kerohanian.

          Dalam kajian ini, terdapat empat (4) GPP yang akan dihasilkan iaitu GPP Rumah Ibadat Islam,
          GPP Rumah Ibadat Lain-lain Agama, GPP Tempat Perkuburan Islam dan GPP Tempat
          Perkuburan Lain-lain Agama dan Krematorium. Melalui GPP ini, perancangan pengawalan dan
          pemantauan penyediaan kemudahan keagamaan bagi agama Islam dan lain-lain agama akan
          dapat dilaksanakan secara efisien. Tambahan pula, garis panduan yang komprehensif dan
          menyeluruh ini akan mengurangkan konflik antara pelbagai bangsa dan agama selain dapat
          menjamin dan menyokong kehidupan seimbang melalui pemeliharaan kesejahteraan rohani
          dan jasmani.
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227