Page 223 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 223
Bab 7 - 2
7.1 Semakan Skop Kandungan GPP Berkaitan Kemudahan Keagamaan
Oleh PLANMalaysia
Penerima pakaian GPP oleh kebanyakan pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempat merujuk
kepada GPP yang pernah diterbitkan oleh pihak PLANMalaysia sebelum ini. Namun begitu, terdapat juga
GPP yang dipinda atau diterbitkan semula oleh negeri-negeri tertentu dalam memastikan GPP yang
diguna pakai mengikut keperluan semasa dan masyarakat selain bersesuaian dengan sistem yang diguna
pakai di peringkat Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.
Melalui GPP kemudahan keagamaan yang pernah diterbitkan sebelum ini iaitu Garis Panduan Rumah
Ibadat Islam JPBD 7/97, Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan Islam dan Lain-lain Agama
(17/97) serta Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat Edisi Kedua, kebanyakan Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih mengguna pakai GPP ini walaupun
telah melebihi 20 tahun. Oleh hal yang demikian, terdapat keperluan dalam mengkaji semula GPP ini
dalam memastikan pembangunan yang akan dirancang mampu meminimumkan dan menyelesaikan
terus beberapa konflik dalam penyelarasan pembangunan dan kelulusan berkaitan kemudahan
keagamaan yang bersesuaian dengan skala pembangunan dan kepadatan penduduk sesuatu kawasan.
Pemakaian garis panduan yang lebih komprehensif dan terperinci serta merangkumi aspek-aspek
keperluan asas dan semasa perancangan yang akan digubal akan digunakan di semua negeri dan pihak
berkuasa tempatan sekali gus menggariskan sebuah standard pemakaian GPP kemudahan keagamaan
yang tidak mengelirukan masyarakat dan pengguna. Antara GPP yang akan disemak semula kandungan
dan diadakan penambahbaikan jurang skop adalah seperti Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Semakan Skop Kandungan GPP Berkaitan Kemudahan Keagamaan oleh PLANMalaysia
RUMAH IBADAT TANAH PERKUBURAN LAIN-LAIN
GPP KREMATORIA KOLOMBARIUM
ISLAM (Masjid & Surau) CINA (Tokong) HINDU (Kuil) KRISTIAN (Gereja) SIKH (Gurdwara) ISLAM CINA HINDU KRISTIAN SIKH
Rumah Ibadat Islam JPBD 7/97 ● - - - - - - - - - - -
Garis Panduan Perancangan (GPP)
Tanah Perkuburan Islam dan Lain- - - - - - ● ● ● ● - ● -
lain Agama (17/97)
*Garis Panduan Perancangan dan ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● - -
Pembangunan Sejagat Edisi Kedua
Draf GPP Masjid dan Surau ● - - - - - - - - - - -
Draf GPP Tokong, Kuil, Gereja dan - - - - - - - -
Gurdwara ● ● ● ●
Draf GPP Tanah Perkuburan dan
Krematorium - - - - - ● ● ● ● ● ● ●
Nota: *Garis Panduan Perancangan Edisi Pertama digunakan kerana Edisi Kedua masih belum diperolehi
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A