Page 227 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 227

Bab 7 - 6



           6. Penambaikan Komponen Asas Tempat Ibadat
              •  Tempat letak kereta dan tempat letak motosikal yang mencukupi.
              •  Tempat letak bas untuk tempat ibadat yang menjadi tumpuan pelancong dan penganut.
              •  Akses yang mudah dan berasingan untuk kemudahan urusan jenazah.
              •  Kemudahan sokongan untuk pengurusan jenazah seperti tempat memandikan jenazah, ruang
                 sembahyang dan sebagainya.
              •  Penerapan reka bentuk universal design : untuk memenuhi keperluan golongan warga emas
                 dan OKU.
              •  Menggalakkan komponen bangunan hijau dan amalan hijau.
              •  Cadangan pembangunan bersepadu sebagai pusat komuniti setempat dengan kemudahan
                 tadika, pusat transit, pusat pembelajaran bahasa, pusat pengagihan bantuan, pusat informasi
                 komuniti dan sebagainya.
              •  Ruang untuk gerai/kiosk untuk memberi peluang perniagaan kepada mereka yang
                 berpendapatan rendah.

          (iv) Cadangan Perancangan Tempat Perkuburan


             1. Berhampiran Dengan Kawasan Kemudahan Dan Komuniti.
                Pembangunan tapak perkuburan hendaklah ditempatkan di lokasi berdekatan dengan kemudahan
                awam, pertemuan laluan utama sesebuah kawasan penempatan. Hal ini adalah penting dalam
                memastikan waris mendapat akses ke tapak perkuburan dan tahap kemudahsampaian
                berada di tahap yang baik kepada semua masyarakat .

             2. Keluasan Dan Persekitaran Tapak Perkuburan Yang Mencukupi.
                •  Mengkaji semula keperluan semasa dan keperluan masa hadapan bagi penyediaan tanah rezab
                   perkuburan.
                •  Perancangan yang baik dari segi lokasi yang strategik dan mudah diakses adalah perlu bagi
                   kemudahan waris untuk melawat.
                •  Mengimplementasikan kawalan dari segi saiz bagi kubur baru supaya saiz yang digunakan
                   adalah standard.

             3. Pembangunan Semula Tanah Perkuburan Lama.
                Pembangunan semula tanah perkuburan lama yang tidak dijaga atau diuruskan bagi penyusunan
                semula lot perkuburan supaya lebih tersusun mengikut piawaian yang ditetapkan


             4. Penambaikan Komponen Asas Tapak Perkuburan
                •  Mengkaji secara lebih mendalam tentang konsep tapak perkuburan tersusun dan tapak
                  perkuburan bertingkat
                •  Tempat letak kereta dan tempat letak motosikal yang mencukupi.
                •  Akses yang mudah dan berasingan untuk kemudahan urusan jenazah.
                •  Kemudahan sokongan untuk pengurusan jenazah seperti tempat memandikan jenazah, ruang
                  sembahyang dan sebagainya.
                •  Penerapan reka bentuk universal design bagi memenuhi keperluan golongan warga emas dan
                  OKU.
                •  Menggalakkan komponen bangunan hijau dan amalan hijau




                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232