Page 226 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 226

Bab 7- 5       P
                                                                                                            P
                                                                                                            G

                                                                                                            N
                                                                                                            A
                                                                                                            K
                                                                                                            I
                                                                                                            A
                                                                                                            B
                                                                                                            H
           (iii) Cadangan Perancangan Masjid dan Surau                                                      A  B
                                                                                                            M
                                                                                                            A
            1. Berhampiran Dengan Kawasan Kemudahan Dan Komuniti.                                           N
                                                                                                            E
               Pembangunan tempat ibadat keagamaan hendaklah ditempatkan di lokasi berdekatan dengan        P

               kemudahan awam, pusat kebudayaan dan komuniti atau di pertemuan laluan utama sesebuah        L  A
               kawasan penempatan. Hal ini adalah penting dalam memastikan setiap jemaah mendapat           W
                                                                                                            A
               akses ke rumah ibadat dan tahap kemudahsampaian berada di tahap yang baik kepada                N
               semua masyarakat.                                                                            A  G
                                                                                                            N
                                                                                                            A
            2. Pembangunan Tempat Ibadat Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi.                                 D  A
               Isu kekangan tanah dan faktor pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu diberi        C
               perhatian. Bagi cadangan pembangunan tempat ibadat di kawasan berbukit dan tanah tinggi
               adalah tertakluk kepada keperluan dan piawaian-piawaian yang digariskan dalam Garis Panduan
               Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi (JPBD: GP007-A(11), 2009).


            3. Cadangan Semakan Semula Dan Pengubahan GPP Bagi Pembangunan Masjid dan Surau Di
               Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Seperti Di Kawasan Gua Batu Kapur.
               Penemuan kajian mendapati bahawa pembangunan Masjid dan Surau adalah merangkumi lokasi
               dan peletakan rumah ibadat di Kawasan Sensitif Alam Sekitar seperti kawasan gua batu kapur dan
               sebagainya. Semakan GPP perlu dibuat bagi pembangunan Masjid dan Surau pada masa akan
               datang yang dicadangkan di kawasan sensitif alam sekitar dan membenarkan pembangunan
               sekiranya mendapat kelulusan dan kebenaran hasil Kajian Geo-Teknikal dan pemeriksaan berkala
               yang dijalankan oleh pihak/ agensi yang terlibat dengan menunjukkan bahawa ianya selamat
               beroperasi dan diduduki/ dikunjungi.

            4. Cadangan Larangan Pembangunan Tempat Ibadat Di Kawasan Yang Tidak Bersesuaian.
               Cadangan GPP bagi pembangunan tempat ibadat pada masa akan datang haruslah merangkumi
               bahagian kawasan yang tidak digalakkan pembangunan rumah ibadat  seperti di kawasan
               berhampiran atau bersebelahan dengan loji kumbahan, pencawang TNB, tangki air atau bilik pam.
               Hal ini adalah penting untuk diberi penekanan bagi memastikan pembangunan rumah ibadat
               pada masa akan datang terletak di kawasan yang tenteram dan tidak mempunyai ancaman
               keselamatan selain bagi memastikan keselesaan penganut yang hadir untuk beribadat.
               Perkara ini perlu dititik berat dalam memastikan pembangunan rumah ibadat berada di kawasan
               yang selamat dan tenteram dari segala ancaman keselamatan dan pencemaran bau, bunyi dan
               udara.


            5. Keluasan Dan Persekitaran Masjid dan Surau Yang Mencukupi.
               Cadangan GPP seterusnya adalah persekitaran tapak yang dipilih bagi pembangunan RIBI pada
               masa akan datang hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk memastikan setiap
               pembangunan ini mempunyai zon jaluran tanaman (perimeter planting) yang bertindak untuk
               mengurangkan pencemaran bau, bunyi dan udara dari luar masuk ke kawasan rumah ibadat.
               Cadangan bagi jaluran tanaman (perimeter planting) dan landskap yang diperlukan di sekeliling
               rumah ibadat adalah sekurang-kurangnya 2 meter.



                                                               KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                                                               I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231