Page 75 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 75

Bab 2 - 36






           i.  Struktur Binaan Kuil

           Berdasarkan Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan (MHS, 2017), struktur pembinaan kuil hendaklah memenuhi
           beberapa kriteria yang telah ditetapkan dan sekurangnya perlulah mempunyai sembilan dari struktur yang telah
           ditetapkan untuk menjadikannya sebagai sebuah kuil Hindu.


           Terdapat juga beberapa pengecualian mengikut
           MHS   sekiranya  struktur  tersebut  tidak
           disediakan semasa pembinaan kuil iaitu:
             1. Nrtana Mantapa,
             2. Vasanta Mantapa
             3. Snabana Mantapa,
             4. Lima Prakaram Gopuram.

           Pengecualian ini diberikan dan dibenarkan kerana
           kebanyakan  kuil  adalah  bersaiz  kecil  dengan
           kekangan  ruang.  Namun,  untuk  perancangan
           sesebuah kuil dengan betul, kesemua keperluan perlu
           disediakan  sewajarnya  bagi  keselesaan  dan
           kemudahan rumah ibadat Hindu .
                                                          Kuil Sri Mahamariamman, Kuala Lumpur
           Jadual 2.8:  Kriteria Struktur Kuil
              Hierarki   Penerangan
           Garbhagrha    Juga dikenali mulasthana (inner sanctum) kamar
                         utama di dalam kuil. Tempat ini hanya boleh
                         dimasuki oleh pendita , pandit, sami
           Stupi dan Viman  Juga dikenali Sikhara adalah menara di atas
                         Garbhagrha. Ketinggian dan artifak di atas Sikhara
                         melambangkan dewa/dewi utama kuil tersebut
           Artha Mantapa  Ruang terhad di antara Garbhagrha dan Vahana.
                         Vahana ini terletak menghadap Garbhagrha
           Vahana        Bermaksud kenderaan yang juga manifestasi
                         tuhan tersebut dan disediakan bersama
           Kodimaram/    Tiang bendera sebuah kuil di dalam kuil
           Dvajastambha
           Balipitha/    Tempat mempersembahkan   makanan untuk
           Balipitham    pujaan
           Maha Mantapa  Ruang penganut di luar Garbhagrha dan Vimana
                         untuk sembahyang dan bertafakur,
           Nrtana Mantapa  Ruang untuk persembahan muzik dan tarian
                         Klasik, nyanyian lagu-lagu pemujaan,
           Vasanta Mantapa  Ruang menempatkan dewa/dewi sampingan lain.
           Snabana Mantapa  Ruang ritual siraman

           Lima Prakaram  Dinding / tembok sekeliling sesebuah kuil
           Raja Gopuram  Pintu masuk utama  melambangkan Gunung
                         Mahameru

                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80