Page 11 - e-majalah
P. 11

.Pada  masa  yang  sama  selain  mengutamakan  kesihatan  diri  dan  makanan,
    masyarakat  juga  perlu  menjaga  kebersihan  persekitaran  mereka.  Persekitaran

    yang  bersih  perlu  dijadikan  amalan  dan  gaya  hidup  agar  kita  terhindar

    daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan
    gotong-royong  untuk  membersihkan  kawasan  taman  perumahan  dengan

    membersihkan  sampah-sarap  atau  memastikan  kawasan  persekitaran  mereka

    sentiasa  bersih.  Amalan  seperti  ini  dapat  mengelakkan  pembiakan  agen-  agen
    pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat

    pembiakan  nyamuk  di  dalam  atau  di  luar  rumah  seperti  pelapik  pasu  bunga

    ataupun  tempat  takungan  air  mestilah  kerap  dibersihkan  ataupun  ditukar.

    Dengan  cara  demikian,  orang  ramai  akan  dapat  menjauhkan  diri  mereka
    daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. Gaya hidup

    yang  sihat  juga  melibatkan  aspek  psikologi  dan  sosial  seseorang  itu.  Mereka

    yang  lebih  terbuka  dan  bersedia  untuk  berkongsi  masalah  dengan  orang  lain

    didapati  lebih  bermakna  kehidupannya  berbanding  dengan  individu  yang  suka
    bersendirian  atau  menyimpan  masalah  mereka.  Sikap  berkawan  dan

    menghabiskan  masa  bersama-sama  mereka  menjadikan  keperluan  psikologi

    manusia  dipenuhi  dengan  efektif.  Masyarakat  digalakkan  menjalin  hubungan
    komunikasi  yang  mesra  bersama-sama  rakan  atau  jiran  tetangga.  Hubungan

    baik  yang  berkekalan  biasanya  dapat  melahirkan  satu  bentuk  kehidupan  yang

    ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia

    perlu  dipenuhi  bagi  memperoleh  gaya  hidup  yang  sihat  ini.  Pada  masa  yang
    sama  sikap  atau  mentaliti  positif  penting  untuk  dimiliki  oleh  seseorang  itu

    bagi  menangani  tekanan  kehidupan  dalam  era  moden  ini.  Pemikiran  yang

    positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang

    melanda  kehidupannya  dengan  baik  tanpa  tertekan.  Kehidupan  zaman  moden
    yang  penuh  cabaran  terutama  tekanan  di  pejabat  memerlukan  satu  persepsi

    positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi

    tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan
    daripada  pakar  motivasi  ataupun  rakan-taulan  di  sekeliling

    mereka.  Hal  ini  perlu  kerana  tekanan  yang  dialami  boleh
    menjuruskan  seseorang  pada  perlakuan  negatif  seperti
    mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di

    luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
    semakin  tinggilah  gaya  hidup  sihat  yang  mampu  dicapainya
    kelak.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14