Page 8 - e-majalah
P. 8

KEPENTINGAN



    AMALAN GAYA HIDUP SIHAT






    "Kesihatan  melambangkan  kekayaan"  dan  "Badan  sihat,  otak  cerdas"

    sering  diungkapkan  oleh  orang  ramai.  Oleh  itu,  kesihatan  amat  penting

    kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup

    melakukan  pelbagai  aktiviti  untuk  mencapai  tahap  kesihatan  optimum

    seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Kesihatan


    diri sebagai mahkota hidup kita.Sekiranya kita sakit,semestinya kita tidak

    bermaya  untuk  melakukan  sesuatu  pekerjaan.Oleh  itu,kita  mestilah

    menjaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang

    bebes  tanpa  penyakit.  Kesihatan  merupakan  suatu  kekayaan.  Walau

    sehebat  manapun  seseorang  individu,  sihat  masih  lagi  menjadi  agenda


    utama  yang  perlu  dikekalkan.  Secara  umumnya,  umur  40  tahun  adalah

    tempoh  yang  paling  ketara  pelbagai  penyakit  dikesan  tetapi  jika  kita

    menyedari  akan  kepentingan  penjagaan  kesihatan  sejak  dari  awal  lagi,

    pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang

    terbaik  daripada  kita  mengubatinya.  Peningkatan  utama  masalah


    kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak

    sihat  dan  keadaan  yang  bebas  tanpa  seimbang  termasuklah  kurangnya

    kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup.

    Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya

    memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan


    rohani,  jasmani,  akli,  dirangkumkan  agar  diterjemahkan  sebagai  gaya

    hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu
    dilaksanakan            bagi       setiap        individu         agar        dapat

    meneruskan  amanah  dan  tanggungjawab  masing-


    masing  secara  harmoni.  Kesihatan  jasmani  boleh

    dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan

    seimbang  serta  melakukan  aktiviti  fizikal  seperti

    senaman.  Kita  juga  perlu  menjauhkan  diri  daripada

    tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13