Page 26 - EBOOK - 10 PUNCA OBESITI
P. 26
10. FAKTOR GENETIK
Masalah obesiti berkaita rapat dengan faktor genetik atau
keturunan. Tetapi ia bukanlah faktor utama kerana faktor
persekitaran dan gaya hidup yang boleh di ubah menjadi faktor
yang lebih kuat sebagai punca obesiti.
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang lahir daripada ibubapa
yang mempunyai masalah obesiti akan mendapat masalah obesiti
juga. Saintis berpendapat selain dari faktor genetik, ia adalah
disebabkan faktor pemakanan yang serupa yang dididik oleh
ibubapa kepada anak-anak mereka yang menyebabkan anak-anak
menjadi obes juga. Ini adalah kerana perubahan gen dalam sel
tidak boleh berlaku dalam masa satu atau dua generasi, tetapi
perubahan corak pemakanan adalah faktor yang lebih kuat
mempengaruhi punca obesiti. Kajian juga menunjukkan jika
22
pasangan kembar akan mempunyai masalah obesiti yang sama
walaupun mereka hidup berasingan dan makan makanan yang
berbeza.
22 Bouchard C, Tremblay A, Després JP et al. The response to long-term overfeeding in identical twins. N Engl J Med. 1990 May
24;322(21):1477-82.
26 | P a g e