Page 22 - EBOOK - 10 PUNCA OBESITI
P. 22
8. MASALAH RINTANGAN HORMON LEPTIN
Leptin adalah sejenis hormon yang penting dalam mengawal
masalah berat badan seseorang. Ia dihasilkan oleh sel-sel lemak
kita dan parasnya akan meningkat apabila lemak bertambah
dalam tubuh. Oleh kerana itu paras hormon leptin ini adalah tinggi
dikalangan orang yang mempunyai masalah obesiti.
Dalam seseorang yang sihat, paras hormon leptin yang tinggi akan
mengawal selera makan. Apabila hormon leptin ini berfungsi
dengan normal, ia akan menghantar isyarat kepada otak tentang
simpanan lemak kita. Oleh itu jika kita telah mempunyai simpanan
lemak yang cukup, maka selera makan kita akan menurun.
22 | P a g e