Page 18 - EBOOK - 10 PUNCA OBESITI
P. 18
6. KEMUDAHAN MENDAPAT MAKANAN
Satu lagi faktor yang sangat kuat mempengaruhi kadar obesiti dan
kegemukan dalam masyarakat adalah kemudahan mendapatkan
makanan tanpa kira waktu.
Di Malaysia ini wujudnya restoran-restoran 24 jam yang
menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman manis
tanpa mengira masa walaupun di awal pagi. Masyarakat kita yang
suka menonton rancangan sukan sehingga lewat malam bersama
kawan-kawan telah menjadikan budaya melepak di kedai-kedai 24
jam ini sebagai satu kemestian.
Ini menyebabkan masyarakat kita secara tidak sedar akan makan
secara berlebihan. Minuman kegemaran masyarakat Malaysia
iaitu ‘Teh Tarik’ adalah minuman yang sangat tinggi gula iaitu
hampir 12 sudu teh gula dalam segelas teh tarik. Jumlah ini adalah
sangat merbahaya kepada kesihatan kerana penggemar teh tarik
selalunya akan minum sehingga 5 gelas teh tarik dalam sehari.
Jika kita melihat menu-menu hidangan yang disediakan di kedai-
kedai makan ini, hampir semuanya tinggi dengan gula dan
karbohidrat proses halus yang memudaratkan kesihatan dan
menyebabkan masalah obesiti.
Makanan ringan seperti jajan atau keropok atau kerepek,
minuman jus dan berkarbonat yang tinggi gula boleh dibeli
18 | P a g e