Page 13 - EBOOK - 10 PUNCA OBESITI
P. 13

Kajian   telah  membuktikan  peranan  insulin  dalam  mekanisma
                                     11
                              yang menyebabkan masalah obesiti. Paras insulin akan menjadi
                              tinggi apabila seseorang mengalami masalah sindrom rintangan

                              insulin  (insulin  resistance)  akibat  pengambilan  makanan  proses
                              dan  makanan  gaya  Barat  yang  tinggi  gula,tepung  dan  marjerin

                              seperti roti,pizza, pastri, kek dan sebagainya.


                              Kajian  ini  menunjukkan  jika  paras  insulin  meningkat,  ia  akan
                              menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam tubuh. Oleh

                              kerana  itu  adalah  amat  penting  kita  mengawal  paras  insulin
                              dengan  mengawal  pengambilan  karbohidrat  proses  halus  yang
                              tinggi nilai indeks glisemiknya seperti tepung gandum, gula pasir,

                              nasi putih dan sebagainya.


























                              Pengambilan makanan karbohidrat dengan kandungan serat yang
                              tinggi akan membantu menurunkan indeks glisemik karbohidrat
                              tersebut dan secara tidak lansung ia menurunkan paras insulin.

                              Oleh itu pengambilan serat yang secukupnya amat penting untuk
                              mencegah obesiti .
                                                  12








                       11  Templeman NM1, Skovsø S1, Page MM1, Lim GE1, Johnson JD. A causal role for hyperinsulinemia in obesity. J Endocrinol.
                       2017 Mar;232(3):R173-R183. doi: 10.1530/JOE-16-0449. Epub 2017 Jan 4.
                       12  Weickert MO, Pfeiffer AFH. Impact of Dietary Fiber Consumption on Insulin Resistance and the Prevention of Type 2 Diabetes.
                       J Nutr. 2018 Jan 1;148(1):7-12. doi: 10.1093/jn/nxx008.

                                                                                               13 | P a g e
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18