Page 16 - EBOOK - 10 PUNCA OBESITI
P. 16
gula dan karbohidrat ringkas halus ini di jual di pasaran dan
mendakwa ianya sebagai minuman kesihatan. Mungkin kerana
itulah masalah kegemukan kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan
sangat sukar dibendung. Selalu makanan lain yang disalahkan
sebagai punca kegemukan seperti nasi lemak dan juga kononnya
kerana kurang bersenam. Hakikatnya pemakanan yang tinggi
karbohidrat halus dan berglisemik indeks tinggi inilah punca
sebenarnya.
Di seluruh dunia hari ini kanak-kanak menghadapi masalah
kegemukan,mendapat penyakit diabetes di usia remaja dan
ketagihan kepada makanan segera dan bergula tinggi adalah
kerana kaedah pemasaran efektif yang dijalankan oleh industri
makanan yang menjadikan kanak-kanak ini sebagai ‘target’
mereka yang menjadikan pemilihan makanan yang tidak sihat
sebagai satu pilihan tanpa mereka sedar dan faham kesan
jangkamasa panjang kepada kesihatan mereka.
16 | P a g e