Page 10 - EBOOK - 10 PUNCA OBESITI
P. 10
3. KETAGIHAN MAKAN
Makanan yang manis dan tinggi gula, tinggi lemak trans seperti
marjerin dan bergaram tinggi akan menyebabkan ransangan yang
kuat pada bahagian otak yang mencetuskan rasa suka. Ini
menjadikan seseorang yang makan makanan seperti ini akan suka
makan dan makan secara berulang-ulang yang kita panggil sebagai
ketagihan makan .
6
Kajian menunjukkan gula akan menyebabkan ketagihan kepada
makanan yang kuat dan menjadikan seseorang makan tanpa henti
dan berulang-ulang . Kajian menunjukkan makanan proses yang
7
seperti ini menyebabkan ketagihan yang lebih kuat berbanding
dengan ketagihan kepada dadah seperti kokain,alkohol,nikotin
dan kanabis .
8
Ramai yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan
obesiti mempunyai masalah ketagihan kepada makanan proses
dan makanan ringan serta makanan segera. Mereka mudah
kehilangan kawalan apabila mengadap makanan seperti ini seperti
seorang yang ketagihan rokok atau alkohol.
6 P.Radaab N.M.Avenaa B.G.Hoebe et al. Daily bingeing on sugar repeatedly releases dopamine in the accumbens shell.
Neuroscience Volume 134, Issue 3, 2005, Pages 737-744
7 Avena, Nicole M et al. “Evidence for sugar addiction: behavioral and neurochemical effects of intermittent, excessive sugar
intake.” Neuroscience and biobehavioral reviews vol. 32,1 (2008): 20-39. doi:10.1016/j.neubiorev.2007.04.019
8 https://www.healthline.com/nutrition/10-similarities-between-junk-foods-and-drugs
10 | P a g e