Page 3 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 3
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
RASIONAL
1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek,
emosi, jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia
yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mulia berketerampilan serta
bertanggungjawab.
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu mendapat
didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin
tinggi dengan sahsiah yang baik.
3. Undang-undang dan peraturan digubal bagi membantu mewujudkan
ketenteraman dan keselesaan pelajar sepanjang berada di institusi pendidikan.
4. Buku Peraturan ini mengandungi peraturan-peraturan asas dan makluman
kepada pelajar, pensyarah, ibubapa atau penjaga dan kakitangan
keseluruhannya.
5. Semua pelajar hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
Peraturan ini hanya terpakai di Kolej Vokasional Setapak selagi ianya tidak
bercanggah dengan dasar-dasar Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
MATLAMAT
1. Memperbaiki serta meningkatkan mutu prestasi pelajaran pelajar dari masa ke
semasa
2. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah
ilmu pengetahuan dikalangan pelajar
3. Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta berdisiplin,
bersatu padu dan setia pada negara
4. Melahirkan insan yang kamil
5. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama
6. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi
pendidikan
3