Page 6 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 6

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


                                                PERATURAN KOLEJ

               1.  KEHADIRAN

                   1.1   Semua pelajar dikehendaki hadir ke kolej mengikut Takwim Pengajian yang telah ditetapkan
                         dan diwajibkan mengetik jari pada mesin pengetik sebagai bukti kehadiran.


                   1.2   Jadual waktu pertama bermula jam  8.00 pagi dan tamat sehingga jam  5.00 petang  atau
                         mengikut jadual yang berkuatkuasa semasa.  Pensyarah Kelas akan mengemaskini Jadual
                         Kehadiran selewatnya jam 9.00 pagi.

                   1.3   Pelajar tidak hadir

                         Pelajar  yang  tidak  hadir  perlu  memaklumkan  Pensyarah  Kelas  dengan  segera  dan
                         mengemukakan  Sijil  Sakit  yang  sah  atau  surat  makluman  Ibubapa  Penjaga  yang  sah.
                         Ketidakhadiran  tanpa  sebarang  dokumen  sokongan  akan  dianggap  ponteng  dan  boleh
                         dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

                   1.4   Pelajar lewat
                         Pelajar lewat mestilah ‘thumb print’ di Pos Pengawal.  Laporkan segera kepada Pensyarah
                         Bertugas sebab kelewatan sebagai rekod.  Pelajar lewat perlu segera daftarkan diri kepada
                         pensyarah kelas.  Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar kerapkali hadir lewat
                         tanpa alasan yang munasabah.

                   1.5   Pensyarah kursus perlu melaporkan pelajar ponteng kelas setelah hadir ke KV kepada Unit
                         Disiplin untuk tindakan lanjut.

                   1.6   Etika berkenderaan sendiri

                         Pelajar yang hadir dengan motosikal, perlu meletakkan motosikal ditempat yang disediakan
                         dengan  teratur.  Dilarang  sama  sekali  menunggang  motosikal  didalam  kawasan  kolej.
                         Keselamatan  barangan  peribadi  adalah  tanggungjawab  pelajar  sendiri.    Pelajar  perlu
                         membawa Lesen Memandu yang sah sepanjang masa serta Cukai Jalan Kenderaan yang
                         telah diperbaharui.  Pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh Unit Disiplin.

                   1.7   Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kolej sebelum tamat sesi pembelajaran.
                         Bagi  kes  kecemasan  atau  rawatan  susulan  hospital,  hanya  ibubapa  penjaga  yang  sah
                         sahaja  dibenarkan  membawa  pelajar  keluar  kawasan  KV  selepas  mendapat  kebenaran
                         Pengurusan KV.

                   1.8   Kemudahan rawatan ke Klinik Kesihatan

                         Kemudahan  ini  hanya  diberikan  kepada  pelajar  di  Kediaman  Pelajar  sekiranya  perlu.
                         Pelajar perlu melengkapkan Borang Rawatan sebelum jam 9.00 pagi setelah mendapatkan
                         tandatangan  pensyarah  kelas  dan  Pengurusan  Kolej  seterusnya  diiringi  oleh  pensyarah
                         bertugas harian ke Klinik Kesihatan berdekatan.

                   1.9   Kehadiran pelajar pada waktu yang tiada sesi pembelajaran, perlu mendapat persetujuan
                         pensyarah  bertanggungjawab  dengan  kebenaran  Pengurusan  Kolej.    Pelajar  perlu
                         mematuhi  etika  pemakaian  dan  etika  membawa  kenderaan  sendiri  sepanjang  berada  di




                                                          6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11