Page 10 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 10

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


                        4.1.4  Rambut  berfesyen  punk,  berekor,  botak,  skinhead,  berwarna  dan  berjuntai  di  dahi
                               DILARANG.

                        4.1.5  Pelajar  lelaki  adalah  digalakkan  berambut  pendek  seperti  yang  ditetapkan  oleh
                               Kementerian  Pendidikan  melalui  surat  KP(BS/HEP)8543/061(60)  bertarikh  30  Jun
                               1997 dan K.P(BS)8643/VolII/ (58) dan Pek.Iktisas Bil.7/2003:KP(BS) 8591/Jld.XVIII(7)

                    4.2  Rambut pelajar perempuan

                        4.2.1  Rambut  panjang  melepasi  paras  bahu  hendaklah  diikat  dengan  getah  pengikat
                               rambut/ penyepit rambut berwarna hitam sahaja.  Pastikan rambut sentiasa berada
                               dalam keadaan terurus dan kemas.

                         4.2.2  Pelajar  perempuan  Islam  yang  bertudung  diwajibkan  memakai  anak  tudung  hitam
                               supaya rambut tidak terkeluar dari tudung.

                    4.3  Kebersihan/ kekemasan diri
                        4.3.1  Pelajar mestilah memastikan kuku mereka dalam keadaan pendek dan bersih.

                        4.3.2  Pakaian pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan rapi.

                        4.3.3  Pelajar perempuan mesti merapikan tudung bahagian muka (melipat tepi tudung) dan
                               boleh mengenakan pin/jarum peniti.

                        4.3.4  Pelajar dibenarkan memakai pewangi badan (deodorant) yang tidak keterlaluan untuk
                               mengelakkan bau badan.

                        4.3.5   Pelajar perempuan dibenarkan memakai subang berwarna putih atau emas bersaiz
                               tidak melebihi 0.5cm dan tidak berfesyen.  Satu lubang sahaja pada setiap telinga dan
                               dipakai dibahagian bawah cuping telinga.



               5.   BILIK KULIAH
                    5.1  Sebelum  masuk  ke  bilik kuliah,  pelajar  mesti  mengetuk  pintu  terlebih  dahulu  dan  meminta
                        kebenaran daripada pensyarah untuk masuk ke bilik kuliah.

                    5.2  Pelajar  tidak  dibenarkan  tidur  di  dalam  bilik  kuliah.  Sekiranya  kurang  sihat,  pelajar  perlu
                        berjumpa dengan pensyarah bertugas mingguan untuk tindakan lanjut.

                    5.3  Pelajar tidak digalakkan untuk keluar dari bilik kuliah pada waktu pertama bermulanya kelas
                        dan waktu pertama selepas rehat.
                    5.4  Pelajar mesti menjaga kebersihan dan keceriaan bilik kuliah pada setiap masa. Bilik kuliah
                        perlu dibersihkan setiap hari mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.  Apabila bilik
                        kuliah  tidak  digunakan  dan  selepas  tamat  sesi  pengajian  pada  setiap  hari  perkara-perkara
                        berikut harus dipatuhi dan diambil perhatian:

                        5.4.1  Suis lampu dan kipas mesti dimatikan
                        5.4.2  Tingkap serta pintu ditutup
                        5.4.3  Papan putih mesti dibersihkan
                        5.4.4  Kerusi dan meja disusun dengan kemas

                    5.5  Pelajar  dikehendaki  memberi  Salam  /selamat  pagi  /  selamat  petang  kepada  pensyarah  /



                                                          10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15