Page 14 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 14
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
15. HARTA BENDA KOLEJ
15.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk menjaga harta benda kolej. Sebarang
kerosakan yang dilakukan oleh pelajar hendaklah diganti atau dibayar oleh pelajar itu
sendiri.
15.2 Kerosakan yang berlaku hendaklah segera dilaporkan kepada Pensyarah Bertugas / HEP /
TPA / TPSA dan Pengarah.
15.3 Pelajar yang melakukan kerosakan akan dikenakan tindakan disiplin.
15.4 Pelajar dilarang mengambil / memindahkan harta benda kolej kecuali dengan kebenaran.
15.5 Alat-alat dan perabot yang dipinjam/dipindah hendaklah dikembalikan dan disimpan di
tempat yang telah ditetapkan.
15.6 Pihak kolej tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kecurian barang-
barang bernilai kepunyaan pelajar.
17. TATASUSILA DAN PERKARA-PERKARA AM
17.1 Pelajar mesti mengamalkan nilai-nilai murni dan sifat terpuji dan berusaha menjaga nama
baik kolej pada setiap masa.
17.2 Setiap pelajar diwajibkan menghormati semua pensyarah, kakitangan pejabat, Exco Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP), Ketua Kelas dan pelajar lain.
17.3 Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada MPP. Sebarang
kekasaran adalah ditegah.
17.4 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat dan salam semasa
pensyarah atau pelawat masuk dan keluar kelas.
17.5 Pelajar mesti taat perintah dan arahan pihak kolej.
17.6 Pelajar mestilah menjaga ketenteraman kolej. Sebarang masalah atau perselisihan faham
dalam kalangan pelajar hendaklah diselesaikan secara aman. Jika perlu, dapatkan khidmat
nasihat mana-mana pensyarah atau kaunselor. Penyelesaian melalui pergaduhan atau
sebarang unsur kekerasan sama ada di dalam atau luar kolej merupakan kesalahan yang
serius dan dilarang sama sekali.
17.7 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati agama dan kebudayaan lain dan tidak boleh
menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada dengan
perlakuan atau perkataan. Kelakuan tidak senonoh dan biadap seperti ’mengebooo’,
menjerit, menyumpah atau apa-apa jua bentuk tingkahlaku yang kurang sopan dan
mengganggu ketenteraman ditegah sepanjang masa.
18. KAWASAN LARANGAN DI KOLEJ
18.1 Pelajar TIDAK DIBENARKAN berada di kawasan kolej selepas tamat waktu pengajian.
18.2 Pelajar HANYA dibenarkan berada di kawasan tersebut dengan pengawasan pensyarah.
18.3 Pelajar hanya dibenarkan berada di kawasan surau pada waktu solat.
14