Page 17 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 17
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
PERATURAN KEDIAMAN PELAJAR
PENDAHULUAN
Peraturan Kediaman Pelajar merupakan peraturan khusus untuk pelajar yang menginap di Kediaman
Pelajar Kolej Vokasional Setapak. Kediaman Pelajar merupakan kemudahan tambahan yang tersedia
di kolej ini. Maka menjadi tanggungjawab penghuni Kediaman Pelajar mematuhi peraturan-peraturan
ini bagi mengekalkan keharmonian dan keselesaan semua penghuninya. Sebarang tindakan yang
melanggar peraturan ini boleh mengakibatkan kelayakan kemudahan ini ditarik balik.
1. KEMASUKAN KE KEDIAMAN PELAJAR
1.1 Masuk Melalui Tawaran
Pelajar yang tinggal jauh dari kolej.
1.2 Masuk Melalui Permohonan
Pelajar yang membuat permohonan pada tahun sebelumnya (tertakluk kepada latar belakang
displin dan rekod SSDM pelajar)
1.3 Masuk Melalui Rayuan
Pelajar yang mengisi borang rayuan kemasukan selepas permohonan ditolak. Penawaran
tertakluk kepada rekod pelajar dan kekosongan yang masih ada.
1.4 Pendaftaran
Pendaftaran Kediaman Pelajar adalah mengikut tarikh yang tertera dalam surat tawaran
dengan hadir ke Pejabat Kediaman Pelajar untuk mendapatkan no bilik dan no katil dari
Penyelia Asrama atau Waden.
1.5 Keluar Dari Kediaman Pelajar
Pelajar boleh mengisi borang keluar Kediaman Pelajar sekiranya tidak berminat untuk terus
menginap di Kediaman Pelajar. Sokongan (tandatangan) ibubapa penjaga yang sah sahaja
diterima dan Surat Berhenti Menginap di Kediaman Pelajar akan dikeluarkan dengan
kebenaran Pengarah atau wakilnya sahaja.
2. PERATURAN ETIKA DAN SAHSIAH PENGHUNI KEDIAMAN PELAJAR
2.1 Setiap penghuni Kediaman Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan mengikut etika
pemakaian semasa di kolej, menghadiri kelas persediaan (prep), pemeriksaan dorm dan
menghadiri sebarang acara rasmi Kolej atau Kediaman Pelajar.
2.2 Setiap penghuni wajib memakai pakaian rasmi Kediaman Pelajar atau pakaian rasmi Kolej
dan kemas apabila keluar dari kawasan kolej kediaman seperti keluar ke bandar, mengikuti
rombongan lawatan rasmi atau pulang bermalam di rumah.
2.3 Penghuni Kediaman Pelajar tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang, mewarnakannya dan
memakai kosmetik.
17