Page 22 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 22

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


                    10.3.  Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan dalam kelas, dorm atau tempat-
                         tempat  yang  terdedah.  Penghuni  Kediaman  Pelajar  hanya  dibenarkan  menyimpan  wang
                         secukupnya.

                    10.4.  Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai (bukan milik) hendaklah diserahkan
                         kepada  Ahli  Jawatankuasa  Blok  Kediaman  atau  Warden  Blok  untuk  diumumkan  dan
                         dipulangkan kepada pemiliknya.

                    10.5.  Pihak  Pengurusan  Kediaman  Pelajar  atau  Warden  tidak  bertanggungjawab  terhadap
                         kehilangan atau kerosakan barang – barang berharga atau jumlah kewangan yang besar
                         yang tidak dimaklumkan kepada Warden.


               11.   BARANG LARANGAN

                    11.1.  Penghuni  Kediaman  Pelajar  adalah  dilarang  memiliki  dan  menggunakan  perkakasan
                         elektirik  dan  elektronik  (telefon  bimbit,  charger,  power  bank,  radio,  cerek  elektrik,  dan
                         pengering rambut atau sebagainya) di mana – mana kawasan Kolej dan Kediaman Pelajar.

                    11.2.  Penggunaan  Laptop  adalah  dibenarkan  dengan  kebenaran  pihak  Pengurusan  Kediaman
                         Pelajar.

                    11.3.  Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar berhak merampas barang larangan tersebut daripada
                         penghuni mengikut peraturan disiplin Kediaman Pelajar.

                    11.4.  Penghuni  Kediaman  Pelajar  dilarang  sama  sekali  memiliki  dan  menggunakan  dadah,
                         rokok, vape, minuman keras dan pemetik api dalam kawasan Kediaman Pelajar.
                    11.5.  Pihak  Pengurusan  Kediaman  Pelajar  berhak  menjalankan  Ujian  Saringan  Air  Kencing
                         sekiranya status penghuni Kediaman Pelajar diragui.

                    11.6.  Peralatan tajam, bahan letupan atau perkakas yang boleh dijadikan alat pergaduhan adalah
                         dilarang.

                    11.7.  Gula – gula getah dan kuaci adalah dilarang.

                    11.8.  Bahan  lucah,  politik,  hasutan,  isu  perkauman  dan  bahan  hiburan  melampau  adalah
                         dilarang.

               12.   KAWASAN LARANGAN

                    12.1.  Pejabat  Kolej,  Pejabat  Kediaman  Pelajar,  Pejabat  Warden  dan  Rumah  Warden  adalah
                         kawasan larangan kecuali ada urusan tertentu sahaja.

                    12.2.  Makmal, Bengkel, Makmal Komputer, Bilik Sakit dan Bilik Tetamu kecuali pada waktu PdP
                         atau menjalani aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej atau Kediaman Pelajar.

                    12.3.  Dewan makan kecuali waktu makan atau minum atau operasi pembersihan atau gotong -
                         royong.

                    12.4.  Surau Kolej, Dapur Dewan Makan, kawasan sekitar Dapur Dewan Makan dan Tangki Air.



                                                          22
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27