Page 20 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 20
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
4.2.7. Pemakaian Sandals dibenarkan untuk ke Surau ataupun ke Dewan Makan.
5. CERMIN MATA ATAU KANTA LENGKAP
5.1. Dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doktor.
5.2. Dilarang memakai cermin mata terlalu kecil atau berfesyen.
5.3. Cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doktor.
5.4. Pemakaian Kanta Lengkap tidak digalakkan kecuali atas nasihat doktor.
5.5. Pemakaian Kanta Lengkap berwarna atau berfesyen adalah dilarang.
6. TOPI ATAU SONGKOK (LELAKI) ATAU TUDUNG (PEREMPUAN)
6.1. Dibenarkan memakai topi kolej ketika menyertai, menonton sukan dan permainan atau acara
sukan kolej.
6.2. Songkok hitam diwajibkan untuk Majlis rasmi Kerohanian. Pemakain Kopiah digalakkan
ketika aktiviti rutin surau.
6.3. Warna tudung hendaklah bersesuaian dan tidak terlalu menonjol.
6.4. Pemakain Tudung adalah wajib bagi penghuni perempuan beragama Islam.
6.5. Pemakaian Shawl tidak digalakkan. Pun begitu pemakaian tudung mestilah kemas dan
dirapikan tanpa mengunakan pelbagai aksesori yang menonjol.
6.6. Menggunakan Pin atau Brooch yang tidak menonjol sahaja dibenarkan.
7. RAMBUT
7.1 Penghuni Lelaki
7.1.1. Rambut mesti sentiasa kemas dan mengikut sahsiah rupadiri pelajar di bawah
peraturan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
7.1.2. Rambut mesti disikat kemas dan bersih.
7.1.3. Membotakkan kepala adalah dilarang
7.1.4. Rambut yang berfesyen atau berwarna adalah dilarang.
7.2 Penghuni Perempuan
7.2.1. Penghuni beragama Islam diwajibkan memakai tudung.
7.2.2. Penghuni bukan beragama Islam, rambut hendaklah kemas. Jika panjang mestilah
diikat atau didandan dengan reben atau getah hitam atau biru sahaja.
20