Page 24 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 24
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
15.3. Setiap penghuni mestilah menyerahkan kad Kediaman Pelajar, surat kebenaran keluar atau
kad keluar masuk di pondok pengawal selepas mendapat tandatangan Ketua Warden atau
Warden Blok sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan Kolej.
15.4. Kebenaran keluar pada waktu yang lain hanya diberikan untuk rawatan pesakit, kecemasan
atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja dengan kebenaran Pengurusan Kolej dan kad
perlu ditandatangani oleh Ketua Waden atau Waden Blok.
15.5. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan Kolej tanpa kebenaran Ketua Warden atau Warden
Blok Kediaman.
15.6. Penghuni Kediaman Pelajar yang keluar Outing tidak digalakkan membawa beg atau
bungkusan yang berisi pakaian dan seumpamanya.
15.7. Semua penghuni Kediaman Pelajar wajib pulang bermalam sewaktu minggu balik
bermalam kecuali dengan kebenaran Pengurusan Kediaman Pelajar.
15.8. Penghuni Kediaman Pelajar dilarang sama sekali berada di kawasan Kediaman Pelajar
waktu balik bermalam dan waktu cuti semester.
15.9. Penghuni dilarang sama sekali membawa masuk orang luar seperti pelajar bukan
penghuniKediaman Pelajar, Ibubapa, ahli keluarga ke Blok Kediaman tanpa kebenaran
Ketua Warden atau Warden Blok Kediaman.
24