Page 21 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 21

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK



                        7.2.3. Rambut yang berfesyen dan berwarna adalah dilarang.

                        7.2.4. Rambut mesti kemas dan bersih.

                        7.2.5. Bulu kening tidak boleh dicukur atau dicabut.


               8.  PENULISAN DAN MEDIA MASSA

                    8.1   Penulisan

                        8.1.1. Aktiviti penerbitan berbentuk cetak atau media elektronik untuk tujuan pemberitahuan,
                              perkongsian aktiviti atau hebahan; hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
                              pihak Pengurusan Kediaman Pelajar.

                        8.1.2. Dilarang penulisan yang mengandungi unsur politik atau sensistiviti kaum atau unsur
                              lucah dan elemen hasutan.

                        8.1.3. Tidak  dibenarkan  membuat  sebarang  kenyataan  kepada  pihak  akhbar  atau  pihak
                              penguatkuasa  atau  badan  –  badan  lain  tanpa  kebenaran  dan  pengetahuan  pihak
                              Pengurusan Kediaman Pelajar.


                    8.2   Media Massa
                        8.2.1. Penghuni dilarang menyebarkan sebarang bentuk aktiviti yang dijalankan oleh pihak
                              Kediaman Pelajar tanpa kebenaran pihak Pengurusan Kediaman Pelajar.

                        8.2.2. Penghuni dilarang membuat, membawa atau menyebarkan sebarang aktiviti yang tidak
                              bermoral, unsur jenayah atau keganasan mahupun lucah dalam apa jua bentuk media
                              sewaktu berada di Kediaman Pelajar.

               9.   SURAT MENYURAT ATAU COURIER

                    9.1. Penghuni Kediaman Pelajar hanya boleh menggunakan alamat Kolej atau Kediaman Pelajar
                        dengan kebenaran pihak Pengurusan Kediaman Pelajar sahaja.

                    9.2. Pihak Pengurusan Kediaman Pelajar  berhak menjalankan pemeriksaan ke atas surat atau
                        bungkusan kiriman sebelum diedarkan kepada pelajar.


               10.   HARTA PERSENDIRIAN

                    10.1.  Menjadi  tanggungjawab  setiap  penghuni  Kediaman  Pelajar  menjaga  harta  benda  milik
                         masing-masing.

                    10.2.  Buku-buku  persendirian,  pakaian  atau  apa  juga  barangan  hak  milik  penghuni  Kediaman
                         Pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna.





                                                          21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26