Page 23 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 23

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK



                    12.5.  Kawasan ibusawat elektrik dan tempat parkir kenderaan Kolej.

                    12.6.  Kawasan rumah Pengarah, rumah Pensyarah dan Rumah Staf dalam kawasan Kolej.

                    12.7.  Kawasan  Blok  Kediaman  pada  waktu  PdP  rasmi,  waktu  minggu  balik  bermalam  kecuali
                         yang  telah  dibenarkan  untuk  tinggal  di  Kediaman  Pelajar,  waktu  riadah,  Solat  Jemaah,
                         aktiviti ko-kurikulum dan waktu Prep.

                    12.8.  Pada waktu malam yang tiada Prep, penghuni Kediaman Pelajar mesti berada di kawasan
                         Kediaman Pelajar sahaja kecuali dengan kebenaran.

                    12.9.  Kawasan  Kediaman  Pelajar  perempuan  menjadi  kawasan  larangan  penghuni  lelaki  dan
                         sebaliknya.

               13.   Waktu Kelas Persediaan (Prep)

                    13.1.  Semua penghuni Kediaman Pelajar diwajibkan menghadiri kelas persediaan (prep) malam
                         yang telah ditetapkan mengikut peraturan waktu Kediaman Pelajar.

                    13.2.  Sebarang pengecualian hendaklahlah mendapat kebenaran daripada Ketua Warden atau
                         Warden Blok Kediaman.

                    13.3.  Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan.

                    13.4.  Penghuni  Kediaman  Pelajar  juga  tidak  dibenarkan  bermain  game,  bermain  handphone,
                         berjalan-jalan tanpa tujuan, berbual-bual kosong, berbuat bising, ke Koperasi atau membeli
                         makanan sebelum tamat waktu Prep.


               14.   MAKANAN
                    14.1.  Penghuni  Kediaman  Pelajar  tidak  dibenarkan  membawa  makanan  dan  minuman  serta
                         alatan makan minum hak milik Kontraktor Dewan Makan keluar dari dewan makan.

                    14.2.  Penghuni Kediaman Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam dorm.

                    14.3.  Penghuni  Kediaman  Pelajar  yang  sakit  atau  tidak  berupaya  berjalan,  makanan  boleh
                         dibawa ke bilik rawatan atau dorm dengan kebenaran pihak Warden Blok.

                    14.4.  Makanan luar atau Pesanan Makan (Delivery) adalah dilarang.


               15.   PERATURAN KELUAR MASUK
                    15.1.  Penghuni Kediaman Pelajar perlu keluar dari kawasan Kediaman Pelajar tepat Jam 7.30
                         pagi  pada  hari  PdP  rasmi  dan  tidak  dibenarkan  berada  di  kawasan  Kediaman  Pelajar
                         sepanjang waktu PdP rasmi Kolej (Rujuk Jadual Hari Pengajian)

                    15.2.  Penghuni Kediaman Pelajar dibenarkan Outing mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak
                         Pengurusan Kediaman Pelajar.



                                                          23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28