Page 19 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 19

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


                        3.3.2. Jenis Boots atau over ratted fashion adalah dilarang. Kasut Bengkel dipakai sewaktu
                              kelas bengkel sahaja.

                        3.3.3. Kasut Sukan hendaklah dipakai sewaktu aktiviti riadah.

                        3.2.7. Pemakaian Sandals dibenarkan untuk ke Surau ataupun ke Dewan Makan.

               4.  ETIKA PEMAKAIAN PENGHUNI KEDIAMAN PELAJAR BAGI PEREMPUAN

                    4.1. Baju

                        4.1.1. Baju  kurung  atau  blaus  berlengan  panjang  sahaja  dibenarkan  sewaktu  berada  di
                              Kediaman Pelajar
                        .
                        4.1.2. Pemakaian  baju  overrated  fashion  adalah  dilarang  sepanjang  berada  di  Kediaman
                              Pelajar.

                        4.1.3. Diharuskan  baju  panjang  berwarna  atau  bercorak  sederhana  sahaja,  serta  tidak
                              melambangkan  mana  –  mana  unsur  politik,  sensitiviti  kaum,  unsur  lucah  atau
                              keganasan.

                        4.1.4. Dilarang  memakai  baju  dan  seluar  yang  mencolok  mata  seperti  berseluar  pendek,
                              pakaian terlalu jarang atau ketat dan mengikut susuk tubuh.

                        4.1.5. T-Shirt  atau  jersi  berlengan  panjang  hanya  dibenarkan  untuk  kegunaan  riadah  dan
                              waktu istirehat sahaja.  Rantai leher, rantai/gelang tangan, berkuku panjang atau kuku
                              bercat,  subang  anting-anting  berlebihan,  cincin,  bertatu  atau  barang-barang
                              kemas/perhiasan  yang  seumpamanya  sama  ada  emas  atau  sebarang  jenis
                              seumpamanya adalah dilarang.

                    4.2. Seluar

                        4.2.1. Dibenarkan  pemakaian  seluar  jenis  Slack  atau  Khakis  untuk  program  atau  aktiviti
                              Kediaman  Pelajar.  Manakala  seluar  track  suit  digunakan  untuk  aktiviti  riadah  dan
                              istirehat atau aktiviti khusus anjuran Kediaman pelajar.

                        4.2.2. Dibenarkan seluar panjang bewarna plain tanpa corak dan tidak melambangkan mana
                              – mana politik, sensitiviti kaum, unsur lucah atau keganasan

                        4.2.3. Pemakaian  seluar  pendek  atau  overrated  fashion  adalah  dilarang  sama  sekali
                              sepanjang berada di Kediaman Pelajar.
                        .
                        4.2.4. Pemakaian  Track  Suit  dibenarkan  hanya  untuk  aktiviti  riadah,  istirehat  dan  aktiviti
                              sukan tertentu dibawah kelolaan pihak Kediaman Pelajar.
                        4.2.5. Pemamakain Jeans atau Legging dan sejenis dengannya adalah dilarang.

                        4.2.6. Pemakaian  Kain  Sarung  Batik  adalah  dilarang  sewaktu  berada  di  Bilik  Prep,  Surau
                              atau Dewan Makan.





                                                          19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24