Page 15 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 15

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK





               19.  PERATURAN PENGGUNAAN PERANTI ELEKTRONIK

                    19.1  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  Bilangan  2  tahun  2018
                         menyatakan    telefon   bimbit   termasuk   telefon   pintar   tidak   dibenarkan.
                         Walaubagaimanapun,  komputer  riba  (laptop),  tablet  peribadi  atau  peranti  yang  dilengkapi
                         pelan data internet adalah dibenarkan.

                    19.2  Pelajar  bertanggungjawab  sepenuhnya  keatas  keselamatan  peranti  tersebut.  Pihak  kolej
                         tidak akan bertanggung jawab ke atas kerosakan/kehilangan peranti tersebut.

                    19.3  Pelajar  tidak  dibenarkan  melayari  laman  web  lucah/  tidak  berfaedah/  bermain  games/
                         menonton  filem  sebaliknya  hanya  dibenarkan  menggunakan  laptop  untuk  tujuan
                         pembelajaran sahaja.

               20.  PERATURAN BERNIAGA DI KAWASAN KOLEJ

                    20.1  Pelajar  TIDAK  DIBENARKAN  untuk  menjalankan  sebarang  perniagaan  di  kawasan  kolej
                         kecuali dengan kebenaran pihak kolej.

               21.  TANDAS
                    21.1  Pelajar mestilah menggunakan tandas pelajar mengikut jantina masing-masing.

                    21.2  Pelajar tidak dibenarkan pergi ke tandas tanpa kebenaran pensyarah yang mengajar.

                    21.3  Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pengguna.  Pastikan tandas dibersihkan
                         sebelum keluar dari tandas.  Amalkan penjimatan penggunaan air.

                    21.4  Dilarang  sama  sekali  menconteng  dan  merosakkan  alat  di  dalam  tandas.  Jangan  buang
                         sebarang sampah/objek /kertas ke dalam mangkuk tandas.

                    21.5  Sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

                    21.6  Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menggunakan tandas pensyarah/staf.

                    21.7  Pelajar  tidak  dibenarkan  menggunakan  tandas  Dewan  Kolej  kecuali  ketika  menjalankan
                         aktiviti di Dewan Kolej.


               22.  PERATURAN AM
                    22.1  Pelajar DILARANG membuang sampah merata-rata di seluruh kawasan kolej.

                    22.2  Pelajar  hendaklah  bertanggungjawab  sepenuhnya  menjaga  harta  benda,  kebersihan  dan
                         keceriaan di kawasan kolej.

                    22.3  Pelajar DILARANG membawa, mengedar, menjual dan menghisap rokok, rokok elektronik,
                         air ketum, shisha, senjata, dadah, ganja, syabu, arak, sebarang bahan yang memabukkan
                         dan  mengkhayalkan,  bahan  lucah,  bahan  multimedia  terlarang  dan  bahan  letupan  ke
                         kawasan kolej.





                                                          15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20