Page 13 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 13

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


               12.  PERATURAN KEGIATAN KOKURIKULUM
                    12.1  Pelajar SVM perlu mendaftar diawal setiap semester aktiviti kokurikulum mengikut kriteria
                         yang telah ditetapkan seperti berikut:

                         i.  permainan,
                         ii.  persatuan akademik/bukan akademik
                         iii. badan beruniform.

                    12.2  Pelajar  diwajibkan  hadir  dalam  semua  aktiviti  kokurikulum  mengikut  jadual  yang  telah
                         ditetapkan.

                    12.3  Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar kolej mestilah mematuhi
                         peraturan yang ditetapkan.

                    12.4  Pelajar  yang  mewakili  kolej  dalam  mana-mana  pertandingan  hendaklah  menunjukkan
                         tingkahlaku terpuji demi menjaga nama baik kolej.
                    12.5  Sebarang  lawatan,  perkhemahan,  perkelahan  dan  seumpamanya  atas  nama  kolej  yang
                         melibatkan  pelajar  mestilah  mendapatkan  kebenaran  daripada  Pengarah  sebelum  aktiviti
                         dijalankan.

                    12.6  Pelajar yang terlibat dengan sebarang aktiviti hendaklah mendapatkan kebenaran daripada
                         ibu  bapa/penjaga  dengan  menggunakan  borang  kebenaran  yang  disediakan  oleh  pihak
                         kolej.  Pelajar-pelajar  yang  gagal  berbuat  sedemikian  tidak  dibenarkan  sama  sekali  untuk
                         menyertai aktiviti tersebut.
                    12.7  Pelajar  mesti  memakai  kemeja-T  kolej  /  kelab  berkolar  atau  pakaian  seragam  kolej  dan
                         WAJIB berkasut yang sesuai semasa menyertai aktiviti kokurikulum.

                    12.8  Pelajar  mesti  berada  di  bilik/tempat  kokurikulum  bersama  penasihat  sepanjang  kegiatan
                         kokurikulum dijalankan.

               13.  RAWATAN KECEMASAN ATAU KEMALANGAN
                    13.1    Jika  berlaku  sebarang  kemalangan  di  kawasan  kolej  semasa  menjalankan  aktiviti,  ia
                          hendaklah  segera  dilaporkan  kepada  Pensyarah  Bertugas  Mingguan,  HEP  /  TPSA  /
                          Pengarah untuk tindakan seterusnya.
                    13.2     Bagi  rawatan  gigi  adalah  menjadi  tanggungjawab  ibubapa  pelajar  untuk  menghantar
                          pelajar mendapatkan rawatan.
                    13.3     Peti  pertolongan  cemas  yang  lengkap  boleh  didapati  di  Pejabat  HEP,  Bilik  Rawatan,
                          Bengkel-bengkel dan makmal-makmal sains.
               14.  BILIK RAWATAN

                    14.1  Pelajar yang sakit ringan dan memerlukan rehat, laporkan kepada pensyarah yang sedang
                         mengajar atau pensyarah kelas untuk mendapatkan kebenaran Penyelaras Bilik Rawatan
                         berehat  sebentar  di  Bilik  Rawatan.    Pun  begitu,  pelajar  digalakkan  untuk  mendapatkan
                         rawatan  di  klinik  kesihatan  atau  ibubapa  penjaga  akan  dihubungi  untuk  mengambil  anak
                         /anak jagaan kerana mengetahui sejarah perubatan pelajar tersebut.

                    14.2  Pelajar tidak dibenarkan untuk memasuki/ menduduki Bilik Rawatan tanpa kebenaran guru
                         bertugas mingguan walaupun pada waktu rehat.




                                                          13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18